Showing posts with label Sejarah Perubatan & Sains Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Perubatan & Sains Islam. Show all posts

Perkembangan Ilmu Perubatan : Sebelum dan selepas Kedatangan Islam

       
   
   
   
    

Kronologi Perubatan Islam

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:bPiZ5L4_LtYJ:irep.iium.edu.my/17101/4/KRONOLOGI_PERUBATAN_ISLAM.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESj5kZSl-QaNPHWLe1nx5sU2EgQ-5CdX-KohRcIVWuV2zxfnXp4BuDIlBXZrS5cH4zfAX4Re_SwDhHwppHUg4tRXXf5fbAisY3Wu_3JlSzfTjJXKulapfDcQkeVspLj--eg99HVQ&sig=AHIEtbT1MOGzl3O2EbKX2_bVJj_KsmddJg

Bidang Fizik dalam Tamadun Islam


Apakah itu Fizik?

Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.
Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.

Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.

Bidang Fizik
Fizik merangkumi pelbagai ilmu pengetahuan yang memberi jawapan tentang kejadian fenomena alam semulajadi. Ilmu fizik yang pelbagai itu perlu diagihkan ke dalam beberapa bidang ilmu untuk memudahkan penyelidikan yang sistematik dan logik.

Untuk mendalami kefahaman tentang pelbagai fenomena alam dan aplikasinya dalam kehidupan harian, kita perlu mengelaskan fenomena secara logik ke dalam kategori-kategori yang spesifik. Pengelasan dapat dilakukan dengan memerhatikan persamaan, perbezaan dan hubungan antara fenomena.

Bidang ilmu fizik dikelaskan kepada beberapa cabang seperti mekanik, haba, bunyi, optik, elektrik, keelektomagnetan , fizik dan sebagainya.

Konsep Fizik
Kini, hukum-hukum fizik telah merangkumi skop yang sangat luas dan berjaya diaplikasikan dalam pelbagai teknologi kerana fokus fizik adalah kepada asas sebenar bagaimana alam semulajadi befungsi.

Kekuatan ilmu fizik adalah disebabkan oleh hakikat bahawa hukum-hukum fizik adalah berasaskan eksperimen. Idea intuitif dan tekaan tidak boleh menjadi hukum tanpa disemak dan ditentukan melalui eksperimen.

Kepentingan Fizik
Kemampuan fizik untuk meramalkan bagaimana alam semulajadi bertindak berasaskan kajian dan eksperimen menjadikan bidang tersebut nadi teknologi moden yang mendatangkan impak yang sangat besar kepada kehidupan manusia.

Bidang fizik berkembang dengan pesat dan kefahaman yang mendalam tentang fenomena alam membantu manusia menciptakan teknologi yang memanafaatkan manusia.

Pebagai kemajuan dalam sains dan teknologi telah dibawa oleh ilmu fizik. Ahli-ahli sains daripada bidang-bidang lain mengaplikasikan idea-idea yang diperkembangkan dalam bidang ilmu fizik untuk menjalankan penyelidikan lanjutan dan seterusnya membina ilmu sains yang baru.



Kaedah Menkaji Fizik
Manusia sentiasa ingin tahu tentang keajaiban alam sekitar. Manusia juga ingin tahu bagaimana sesuatu fenomena alam berlaku. Manusia mencari jawapan dengan suatu kaedah penyiasatan yang sistematik.

Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji, memahami dan mengaplikasikan konsep dan prinsip fizik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran proses sains merupakan satu proses pemikiran yang kritis, kreatif, analisis dan sistematik. Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains.

Ahli fizik membina hipotesis untuk cuba menerangkan fenomena alam. Hipotesis yang disokong melalui eksperimen dikenali sebagai hukum atau prinsip. Sekiranya terdapat mana-mana dapatan eksperimen, yang bercanggah dengan hukum atau prinsip, maka hukum atau prinsip berkenaan mesti diubahsuai atau ditolak sama sekali.

Sikap saintifik merangkumi aspek dan emosi dan aspek intelek. Aspek emosi menentukan kesediaan mental untuk menjalankan aktiviti saintifik yang penuh cabaran. Aspek intelek mempengaruhi anda membuat keputusan mengikut keutamaan.

Teleskop Hubble



SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG FIZIK

Pada zaman tamadun Islam tidak satu ada disiplin yang berpadanan dengan fizik seperti yang difahami sekarang, ini kerana pada ketika itu pengotakan dan pemasangan atau pemecahan ilmu tidak berlaku . Yang ada pada ketika itu falsafah tabii (tabi’yyat) yang di dalamnya termasuklah sains hayat, sains bumi dan juga fizik. Optik yang sekarang dikelaskan sebagai satu cabang fizik berada di bawah cabang matematik pada masa itu.

Fizik Sebelum Tamadun Islam
Pada abad ke-4 M, pemikiran fizik dipelopori oleh teori fizik Aflatun(Plato) dan Aristoteles. Dalam kajian fizik yang mereka lakukan terdapat penggunaan Matematik yang menunjukkan bahawa mereka menekankan kepentingan matematik dan peranan utamanya  dalam menjelajah alam semesta ini. Teori mereka dipengaruhi oleh pemikiran mazhab(qaul atau pengikut ) Pithagoras yang berpendapat seperti berikut:

1. Alam ini bertertib.

2. Bahagian-bahagian alam ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain yang juga berkaitan dengan keseluruhannya.

3. Bahagian-bahagian alam ada perbezaan struktur seperti pengutuban dan pasangan yang berlawanan.

Pendapat-pendapat ini kemudiannya diterima oleh orang Islam kerana mereka berpendapat pandangan ini disokong oleh  al-Quran menerusi ayat-ayat yang terjemahannya seperti berikut:
  
1. “Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang . Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Al-Quran, Surah Yasin : 40)

2. “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian , Kami pisahkan antara keduanya.” (Al-Quran, Surah al-Anbiya’ : 30)

3. “Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui .” (Al-Quran, Surah Yasin : 36)

Di samping itu satu perkara lain yang menarik perhatian mazhab Pithagoras ialah sifat dinamik yang ada pada makhluk alam kejasmanian ini. Sifat dinamik ini terhasil daripada tindakan data keatasnya dan pergerakan yang ada padanya. Aflatun cuba memberi penerangan rasional tentang alam semesta melalui bukunya Timaeus. Aristoteles pula menganggap bahawa langit terdiri daripada siri sfera sepusat tersusun mengelilingi bumi sebagai pusatnya. Kesemuanya ada lapan sfera cakerawala dan empat cakera bumi termasuklah bumi itu sendiri. Sfera yang mengelilingi sistem ini dianggap oleh Aristoteles sebagai “Keharmonian Sakti” yang telah menyebabkan putaran keseluruhan sistem cakerawala, iaitu planet-planet dan bintang hidup. Putaran inilah yang menyebabkan hidup mati di alam tumbuhan dan haiwan dan digelarnya “Peraturan Sakti” itu. Pendekatan demikian telah mencetuskan pemikiran dwikotomi di antara langit dan bumi. Pendekatan demikian merupakan asas bagi fizik Aristoteles yang pada dasarnya menjadi fizik tentang gerakan.

Fizik Aristoteles bertujuan memberi penjelasan tentang fenomenon-fenomenon alam bumi dan fizik cakerawala. Asas pemikirannya seperti berikut:

1.  Semua objek di dalam ini ada zat bentuk dan bahan(jirim). Menurut Aristoteles, jirim bersifat selanjar .

2. Semua benda berubah daripada keadaan keupayaan(potensi) kepada keadaan kewujudan sebenar(aktualiti) atau semua perubahan digambarkan sebagai aliran daripada keupayaan kepada keberkesanan .

3. Gerakan terhasil daripada perubahan .

4. Benda-benda yang wujud terdiri daripada empat unsur: tanah, air, api, dan udara. Sifat-sifat benda ini bergantung kepada saiz bahagian unsur yang terkandung di dalam benda itu .

5. Sesuatu jasad yang gerakannya dipaksa akan terus bergerak selama jasad itu bersentuh dengan agen yang menyebabkan gerakan itu(teori ini berlawanan dengan prinsip moden inersia) atau tegasannya, gerakan paksaan tidak berlaku tanpa penyertaan satu tindakan daya. Idea ini merupakan titik permulaan bagi konsep impetus dalam gerakan.

Penerangan tentang alam ini terus berkembang dengan pemikiran oleh Epikurus(Epicurus) pada Zaman Helenis (Zaman Yunani). Teori beliau menyatakan bahawa zarah(atom) mempunyai saiz dan bentuk yang terhingga.

Berlawanan dengan teori fizik Epikurusan ialah teori keselanjaran Stoik(Stoic) yang berasaskan hasil kerja Zeno, Krisipus (Chrysippus) dan Poseidonius. Mereka menganggapkan alam kejasmanian ini sebagai kontinum dinamik yang koheren oleh kerana wujudnya suatu benda, yang dinamainya “pneuma” yang menyerapi alam semesta dan semua jirim yang terkandung di dalamnya.

Zaman kegemilangan sains Yunani dikaitkan dengan nama-nama seperti Euklid, Arkhimedes, Eratosthenes, Apolonius Perga dan Hiparus. Melalui hasil karya mereka, sains purba ini memuncak. Arkhimedes dalam bukunya The Sand Reckoner telah membina satu cara untuk mengungkapkan nombor yang sangat besar. Kaedah ini digunakannya untuk mengira bilangan bijian pasir di dalam sfera dan jejari yang memberi jarak antara Bumi dengan Matahari. Arkhimedes juga memperkenalkan penggunaan pertimbangan mekanik untuk memperolehi usulan(teorem) geometri.

Kerja-kerja Batlamus(Ptolemy) menerusi karyanya The Mathematical Syntaxis dan Almagest telah ditulis dalam pertengahan abad ke-2 M. Kerja ini berkaitan dengan asas teori dan asas eksperimen hipotesis geometri terhadap masalah  matematik yang berkaitan dengan gerakan teratur bulan, matahari dan lima buah planet yang diketahui pada masa itu. Batlamus, seorang ahli astronomi yang beramal bersama Applolonius Perga, dan Hiparkhus semuanya berpegang kepada aksiom bahawa gerakan bintang dapat dijelaskan sebagai gabungan gerakan bulat yang seragam.

Teori Batlamus menimbulkan masalah untuk dipadankan dengan hasil eksperimen. Warisan pemikiran sains dari zaman purba dan Helenisme terdapat dalam sastera falsafah pada masa-masa kemudiannya seperti melalui penulisan “qaul neoplato” yang seorang daripadanya ahli falsafah Kristian bernama Johannes Philoponus. Beliau mengajar pada abad ke-16 M di Iskandariah dan merupakan pengkritik Barat terakhir Aristoteles.




Sumbang Ahli Fizik Islam Terhadap Fizik Teori  

Fizik yang telah dikaji oleh orang Yunani terus dikembangkan oleh orang Islam pada abad yang ke-7 M hinggalah kepada abad ke-12 M. Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam amat dipengaruhi oleh kitab suci mereka, iaitu al-Quran. Sebahagian besar datipada al-Quran mengajak manusia untuk mencerap dan mengkaji alam ini. Boleh dikatakan bahawa kajian fizik menurut al-Quran memanglah dituntut ke atas manusia. Umpamanya kita boleh melihat ayat-ayat al-Quran berikut yang bermaksud:
1. “Muliakan nama Tuhanmu yang Paling Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan. Yang menentukan hukum dan memberi bimbingan.”  (Al-Quran, Surah al-A’la : 13) 
2.  “Tidakkah kau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.” (Al-Quran Surah Luqman : 20) 

Jelas dari ayat –ayat tersebut di atas bahawa alam yang dicipta Allah A.W.T. ini tertakluk kepada hukum-hukumnya dan benda-benda yang di langit dan di bumi itu untuk kegunaan manusia. Ayat-ayat al-Quran yang telah dipetik di atas serts banyak lagi yang lain, telah mendorong ramai kaum Muslimin mengkaji lebih mendalam tentang alam kejasmanian mulai abad ke-7. Sebelum ini, kajian ini banyak dibuat oleh orang China dan India. Hasil-hasil kajian mereka telah diambil oleh ahli sains Islam sebagai titik permulaan untuk  memulakan kajian mereka mengenai alam kejasmanian. Hasil-hasil kajian mereka diterima oleh ahli sains Islam kerana Islam tidak menghalang  penganut memperolehi ilmu dari orang bukan Islam, lagipun kajian-kajian orang bukan Islam itu tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam.

Dengan adanya minat, kegigihan serta kesungguhan, para ahli sains Islam telah berjaya meningkatkan dan memajukan sistem sains sehinggalah pusat-pusat pengajian Islam menjadi tumpuan golongan cerdik pandai pada masa itu terutamanya dari benua Eropah. Keadaan ini berterusan  sehingga abad ke-13 M, di mana kedudukan orang Islam dalam dunia sains mencapai zaman kegembilangannya.

Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah dilakukan oleh beberapa golongan. Golongan yang terkenal terdiri daripada ahli-ahli falsafah peripatetik yang digelar sebagai Masya’iyyin, ahli teologi yang digelar sebagai Mutakallimum, ahli gnosis yang digelar Urafa kumpulan Mulla Sadra. Mereka ini memajukan fizik teori yang bukan semata-mata terbabit dengan kajian fizik sahaja, malahan ia ikut serta dalam bidang-bidang lain seperti falsafah dan teologi.   

Di kalangan para falsafah peripatetic seperti al-Farabi, Ibn Sina, Khawajah Nasiruddin, Ibn Bajjah dan Ibn Rusyid banyak merujuk kepada pemikiran falsafah Yunani. Mereka menganggap alam ini sebagai memenuhi prinsip perubahan dan fizik merupakan sains berkenaan dengan perkara yang berubah. Sebagai contoh, al-Farabi(872-950 M), seorang ahli falsafah Turki, telah mengkaji tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. Ibn Sina(980-1037 M) pula mengkaji perkara tentang halaju bunyi dan cahaya. Beliau berpendapat bahawa kesan cahaya bersifat serta-merta, sementara bunyi ada suatu halaju yang menyebabkan bunyi boleh didengar beberapa ketika selepas kejadian bunyi berlaku. Al-Haitham(965-1039 M) telah menyangkal pendapat ini dan telah membuktikan secara eksperimen bahawa cahaya juga ada halaju yang terhingga.

       Di samping ini, ahli falsafah peripatetic juga menyatakan bahawa setiap jasad terdiri daripada bentuk dan jirim yang bersifat selanjar. Bagi mereka, ruang ini dan detikan masa juga adalah selanjar. Suatu titik di dalam ruang atau satu detikan masa tidak lebih daripada aspek kenyataan selanjar yang diniskalakan oleh pemikiran kita sebagai sesuatu yang tidak ada kewujudan objektif.

         Ahli falsafah ini juga menegakkan doktrin kebersebaban dan menganggap bahawa dalam alam ini semua kejadian berlaku disebabkan oleh set-set sebab dan apabila ia berlaku akan semestinya, mengikut keperluannya, menghasilkan kejadian yang dipertimbangkan itu. Mereka menganggap ini tidak bercanggahan dengan kehendak Allah kerana setiap kejadian akhirnya dapat dikaitkan dengan ‘Sebab Perdana’ itu seperti yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: 

1. “Allah menciptakannya segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu .” (Al-Quran , Surah al-Zumar : 62) 
2. “Apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah sujud apa sahaja yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan dan bintang, gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia.”  (Al-Quran, Surah al-Haj :18)

Oleh yang demikian, pada pendapat ahli falsafah peripatetic, alam ini bergantung kepada Allah untuk kewujudan, yakni alam ini tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Sungguhpun demikian, alam ini pada mata kasar kelihatan seolah-olah ada kenyataan relatif tersendiri yang boleh diasingkan daripada kehendak Allah. Ayat-ayat yang disebut di atas membawa maksud bahawa alam dan segala benda yang berada di dalamnya mematuhi peraturan-peraturan yang Allah telah tentukan. Peraturan-peraturan ini dikenali sebagai hukum-hukum dalam bidang fizik .Hukum-hukum ini membolehkan manusia mengetahui alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Pengetahuan inilah yang membolehkan manusia mengetahui, memahami tingkah laku makhluk yang ada di dalam alam ini, misalannya salah satu hukum asas fizik yang dinamai hukum gravity semesta.

Hasil daripada mematuhi hukum-hukum ini, segala benda ada sifat-sifat dan telatah tersendiri yang membolehkan manusia cerapi. Sebagai contoh, apabila suatu bola diluncurkan maka diperhatikan bahawa bola itu akan menuju ke permukaan bumi. Mata yang memandang melihat bola itu bersendirian, tetapi hakikatnya dalam keadaan bersendirian di udara bola itu berada di bawah suatu tarikan gravity. Kerana bola itu tidak dapat lari daripada mematuhi hukum gravity, maka bola itu tidak boleh tidak akan jatuh ke bumi.

Ahli teologi dari kumpulan Asy’ari, telah menggunakan perwakilan keatoman untuk menerangkan alam tabii ini. Konsep atom ini di samping dari pengaruh Yunani, ia juga diperolehi daripada ayat al-Quran yang bermaksud:
“Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah(atom) di bumi ataupun di langit  Tidak pula yang lebih kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz).”  (Al-Quran, Surah Yunus : 61) 

Mengikut mereka, ketidakselanjaran antara benda lebih nyata daripada keselanjarannya. Yang demikian alam ini dilihat sebagai mandala yang terdiri daripada entity yang terasing dan konkrit dan tidak ada hubungan mendatar antaranya. Mereka mengatomkan jirim, ruang dan masa dan menolak  konsep kebersebaban yang pada lahirnya menjadikan rantaian di antara satu dengan yang lain bagi perkara ini.

Mengikut teori fizik moden sekarang, keselanjaran atau kekuantuman tidak ada percanggahan. Dalam keadaan manakah keselanjaran atau kekuantuman boleh digunakan bergantung pada keadaan ketika cerapan dibuat. Ahli sufi atau gnosis mempunyai pandangan bahawa alam tabii ini bukan hanya sebagai pentas tindak-tanduk manusia seperti yang dianggap oleh para teologi; dan bukan satu aspek kenyataan yang mesti dipadankan dengan sistem falsafah am seperti yang dikehendaki  oleh para ahli falsafah, tetapi sebaliknya berupa kenyataan yang mengandungi symbol dan memahami symbol-simbol ini menandakan satu peningkatan dalam perjalanan seseorang menuju kepada Tuhan. Pendapat ini boleh dikesan sumbernya daripada fahaman ayat al-Quran yang bermaksud:
“antara langit dan bumi sungguh(terdapat) tanda-tanda(keesaan dan kebesaran) bagi kaum yang memikirkannya.”  (Al-Quran, Surah al-Baqarah : 164)

Hanya setelah symbol-simbol ini difahami dan diterapkan ke dalam rohani barulah boleh ia mengetahui rahsia alam yang sebenarnya . Oleh yang demikian, bagi ahli sufi fenomenon tabii akan dijelmakan olehnya daripada fakta kepada symbol yang selepas ketika itulah alam ini menjadi lutsinar secara metafizik.

Di sini kelihatan bagaimana ahli sufi cuba memberi makna terhadap benda-benda yang dicipta oleh Allah. Benda-benda ciptaan Allah bukan hanya untuk tontonan manusia tetapi merupakan tanda-tanda manusia tentang kewujudan Allah dan segala sifat keistimewaannya sehingga memahami tanda-tanda ini boleh menyebabkan manusia tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah seterusnya menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Ahli sufi dari kumpulan Ibn Arabi(1140-1218M)menganggap kosmos ini sebagai teofani tentang hak Allah yang diperbaharui setiap masa. Cipta-Nya dimusnahkan dan dicipta semula setiap masa seperti yang dikatakan oleh ahli teologi. Kumpulan Ibn Arabi juga menegaskan bahawa kenyataan pada akhirnya tidak bersifat gandaan, tetapi pada hakikatnya bersatu yang bersifat bukan secara kebendaan. Doktrin ini berasaskan kepada ketauhidan Allah S.W.T. yang menunjukkan bahawa semua mandala kenyataan saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

Teori ini telah digunakan oleh ahli fizik pada abad 20-an ini  Malah Einstein telah menunjukkan bagaimana jisim m dapat dihubungkan dengan tenaga T(suatu kuantiti yang tidak bersifat kebendaan) melelui persamaan T=mc, dengan c mewakili laju cahaya. Contoh lain untuk menunjukkan perkaitan yang wujud antara mandala elektrik dengan haba, misalnya melalui prinsip keabadian tenaga elektrik dan haba. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh penjana elektrik apabila tiba pada plat saterika akan berubah menjadi haba menyebabkan saterika itu panas.

Bagi kumpulan Mulla Sudra pula, mereka mengamirkan pandangan ahli gnosis, Isyraqiyyin(iluminasis), ahli teologi dan ahli falsafah unutk, menghasilkan suatu perspektif tabii. Mereka berpendapat setiap benda berada dalam proses meningkat ke taraf bentuk tabii yang disebut sebagai “reality arketip” atau kenyataan naskhahan. Oleh yang demikian, benda ini mengalami perubahan yang berkaitan dengan ruang dan bukannya berkaitan dengan masa. Dapat diperhatikan bahawa pemikiran Mulla Sudra terhadap alam bersifat dinamik walaupun di samping itu mereka mengabadikan aspek bentuk tabii benda-benda, hubungan dan kesatuan antaranya.

Kumpulan Muslim lain telah menyumbangkan idea-idea mereka sendiri daripada ahli falsafah anti-peripatetik dan para ahli sains seperti Muhammad Ibn Zakaria, al-Razi, al-Biruni dan Abu-Barakah al-Baghdadi. Mereka berpendirian masing-masing. Mereka mengkritik falsafah ahli peripatetic. Umpamanya, al-Razi membina kosmologinya yang tersendiri berasaskan konsep yang dinamainya lima qudama’(al-qudama’al-khamsah) yang mengandungi masa dan ruang. Konsep ini diperolehnya daripada Manichaean dan juga Timaeus yang ditulis oleh Aflatun. Ia juga membina sejenis keatoman yang khusus berasaskan  idea dari  India. Ahli-ahli falsafah ini menjadi pengasas pandangan alam yang menggunakan kaedah perasionalan tanpa cerapan langsung .  



Tokoh-Tokoh Ahli Fizik Dalam Tamadun Islam


Al-Biruni (973-1048 M)

Al-Biruni seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang ‘landasan asas’ fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air.



Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M)
Abu Barakah al-Baghdadi seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan translasi sahaja. Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya.



Shihabuddun Yahya Al-Suhrawardi

Suhrawardi menjadi pengasas Isyraqiyyin(iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi ‘zat’ alam ini cahaya, dan jirim itu ‘kegelapan’ tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta.



Al-Haitham (965-1038 M)

Al-Haitham seorang ahli matematik, fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus(Kitab Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah dibina oleh kaum Muslim.

Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula telah menjelmakan banyak pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan teliti.

Seperti Arkhimedes, beliau ahli fizik teori dan juga ahli eksperimen.Banyak eksperimen telah dilakukan olehnya seperti eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat baying-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomenon penting dalam optik.

Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai Tritis Fizik, beliau telah menulis kajian lanjutannya tentang hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai sejenis yang terbaik untuk membakar. Untuk kajian pembiasan, beliau menggunakan kamera obskura. Dalam kajian itu juga beliau telah menghubungkan perubahan lintasan dengan perubahan halaju apabila cahaya melalui dari satu medium kepada satu medium yang lain. Hasil daripada kajian ini, beliau mencadangkan, dalam bentuk kasarnya, akan hukum masa tersingkat. Malangnya hukum ini terkenal sekarang dengan nama “prinsip terkecil Fermat”, walaupun Fermat menemui hukum ini pada kurun ke-17 M. Hasil daripada cerapan beliau yang teliti dan gigih beliau terjumpa dengan hukum Batlamus yang menyatakan sudut biasan berkadaran dengan sudut insiden (sudut datang atau sudut tuju) bagi sudut-sudut yang kecil. Ini “hukum Snell” pada sudut kecil.

Perlu juga disebutkan di sini kajian beliau tentang fisiologi mata dan masalah penglihatan. Beliau telah menyangkal teori Euklid dan Batlamus yang menyatakan bahawa mata mengeluarkan cahaya. Beliau percaya sebaliknya, iaitu bahawasanya dalam proses penglihatan, cahaya berjalan dari objek ke mata, seperti yang diterima umum sekarang ini.


Abdul Rahman al-Khazini  

Abdul Rahman al-Khazini seorang ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerja-kerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat gravity. Untuk kerja-kerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni.


Banu Musa

Banu Musa keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik.

Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planet-planet di langit “terikat” antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M).



KESIMPULAN

Telah diperhatikan bahawa mulai abad ke-6 M. bahasa sains telah mula digunakan untuk memahami fenomenon tabii. Sebelum daripada itu penerangan tentang fenomenon dalam alam semesta ini berdasarkan kepada mitologi, iaitu berasaskan hikayat tradisi yang biasanya melibatkan kuasa sakti atau orang-orang keramat dan menggunakan idea popular berkenaan fenomenon tabii atau sosial. Bahasa sains ini meliputi penggunaan konsep sains, pemikiran rasional, prinsip, falsafah dan model mekanik. Perkara yang dicari dalam fizik seperti berikut:
1. Prinsip tidak terubahkan yang menjadi landasan bagi fenomenon yang kelihatan berubah.  
2. Punca tunggal terhadap kegandaan benda di alam tabii.

Prinsip asas ini pada dasarnya berbentuk kebendaan. Kerja-kerja mengkaji fenomenon tabii dibuat kerana manusia ingin tahu tentang kejadian alam sekitarnya dan “zat” yang berkuasa ke atas makhluk ciptaannya mempersoalkan kejadian alam kejasmanian ini serta mendapatkan hukum-hukumnya. Kelihatan bahawa fizik berkisar pada kajian tentang jirim dalam ruang dan masa.

Dapatlah disimpulkan, bahawa disiplin fizik sebagai satu cabang sains wujud pada zaman tamadun Islam sebagai cabang falsafah tabii. Perkembangan ilmu yang dapat difahami sebagai fizik sekarang bermula dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik iaitu yang mempersoalkan tentang asal usul kejadian alam, telatah alam dan hubungan dengan penciptanya. Bagi para ahli sains Islam al-Quran menjadi satu sumber ilham untuk berkecimpung dalam kajian sains. Idea-idea yang diperoleh daripada al-Quran telah memberi mereka kebolehan untuk menghasilkan beberapa teori fizik seperti dalam mekanik dan mekanik kuantum. Asas asal teori ini telah dan masih digunakan dalam perkembangan fizik zaman ini. Inilah satu-satu contoh bagaimana cerapan renungan dan menyoal tentang alam yng sangat-sangat digalakkan oleh al-Quran membolehkan manusia meningkatkan kedudukan inteleknya ke paras yang sangat mengagumkan. Perhatikan sikap-sikap yang digalakkan oleh al-Quran inilah yang digelar sikap sains pada masa ini. Satu perkara yang dapat diperhatikan ialah (agar yang demikian membolehkan manusia mengenali Khaliqnya) tokoh-tokoh muslim yang telah memperluaskan dan menyumbangkan ilmu ini terdiri daripada mereka yang berminat dalam melaksanakan eksperimen dan mereka yang cuba menyediakan sains alam tabii yang sepenuhnya simbolik dan membatu manusia untuk merenung alam tabii sebagai teofani nama-nama kudus dan kuantiti-kuantiti kudus sebagai kebenaran yang haq, mengatasi dan melebihi daripada alam kebendaan ini.

Oleh kerana kelalaian mulai abad ke-13 M, kaum muslimin sudah mulai menjauhkan diri daripada berkecimpung secara aktif dalam perkembangan sains amnya. Sebaliknya orang Barat, khususnya telah meneruskan pengembangan sains sejak Renaisans hinggalah hari ini. Satu pandangan berdasarkan perkembangan fizik hari ini yang boleh dibuat ialah hasil karja-kerja para ahli sains Islam dalam fizik, terutama dalam bahagian teori ketika zaman tamadun Islam dahulu, begitu tinggi tarafnya sehingga tidak mudah difahami orang terutama sekali bagi mereka yang kurang fizik asasnya dan boleh menimbulkan kekeliruan pada kalangan orang Islam sendiri. Oleh kerana diragui bahawa kekeliruan boleh mengancam iman seseorang maka orang-orang Islam selepas abad ke-13 M mengabaikan kegiatan dalam sains. Akhirnya ini mendatangkan kerugian besar kepada umat Islam sendiri, seperti terdapat pada abad 20-an umat Islam belum mampu menandingi orang Barat dan Jepun dalam bidang sains dan teknologi. Keadaan demikian boleh berubah jika orang Islam sekarang berubah sikap dan menghidupkan semangat seperti mereka pada zaman tamadun Islam dahulu. 

Sumbangan Intelektual Islam Dalam Seni Bina Tamadun Islam

http://www.scribd.com/doc/116751155/Sumbangan-Intelektual-Islam-Dalam-Seni-Bina-Tamadun-Islam

Artikel yang dikarang oleh Zulkifli Hasan dan Hanani Harun membincangkan tentang sumbangan para ilmuawan Islam terhadap perkembangan seni muzik, seni bina, seni khat dan seni sastera. tetapi kita hanya akan fokus sumbangan seni bina tamadun Islam dengan mengetengahkan tokoh-tokoh tersebut.

       Seni bina merupakan di antara bentuk-bentuk seni yang terdapat pada sesuatu tamadun. pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w dengan pembinaan masjid Quba' dan masjid Nabawi. Pada zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, terutamanya zaman khalifah Umar al-Khattab, perkembangan seni bina di anggap paling berjaya kerana beliau amat menitikberatkan tentang pembaharuan dalam pelbagai bidang khususnya pembinaan masjid.

       Pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, khalifah-khalifah yang memerintah banyak memberi sumbangan penting dalam pencapaian seni bina Islam. Antaranya ialah:

1) Khalifah al-Walid
2) Khalid bin Abdullah al-Qasiri
3) Khalifah Abdul Rahman II
4) Khalifah Abu Ja;far al-Mansur
5) Khalifah al-Mahdi
6) Khalifah al-Ma'mun
7) Ibrahim al-Farazi
8) Sultan Malik Syah

    Ramai pencinta seni dari Barat mempelajari dan mengkaji hasil seni ilmuwan Islam dan seterusnya menggunakan pengetahuan itu untuk menjadi teras kebangkitan ketamadunan mereka. bahkan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada zaman Renaissance atau pembaharuan di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang.

Hubungan Islam Dengan Sains dan Teknologi

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan, keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup didunia dan juga di akhirat.

Sains wujud dari perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelilingnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. atas sebab inilah, maka Islam sangat menuntut umatnya untuk mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahuan.

Sebenarnya di dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan maknanya yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab al-Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. jika tidak, mutiara al-Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah, maka umat Islam perlu mengambil manfaat daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk menjalankan pengkajian bersifat empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan sains Islam dapat dikembalikan dan Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan kekuatan ummah.

إسهامات علماء المسلمين في الطب


http://islamstory.com/ar/%D8%A5%D8%B3%D9%87%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA_%D8%B9%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%A1_%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86_%D9%81%D9%8A_%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A8

Artikel bertajuk " sumbangan ulama Islam dalam perubatan" telah dikarang oleh Dr. Ragheb Sergani. Artikel ini menerangkan kepada kita bahawa wujudnya perkembangan ilmu sains perubatan dari kalangan umat Islam yang akhirnya membawa kepada suatu bidang ilmu yang masyhur sehingga dapat melahirkan doktor-doktor Islam yang berwibawa.


        Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.



                                              




     Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China.


Antara para ilmuwan Islam dalam perubatan ialah:

1) Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Razi atau al-Razi (Pakar Farmasitikal)
2) Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina (Bapa Sejarah Sains)
3) Abu Qassim Khalaf Ibnu Al-Zahrawi (Pakar Bedah Muslim)
4) Ali Bin Isa Al-Kahal (Pakar Mata)

إسهامات علماء المسلمين في الفلك


http://islamstory.com/ar/%D8%A5%D8%B3%D9%87%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA_%D8%B9%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%A1_%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86_%D9%81%D9%8A_%D8%A7%D9%84%D9%81%D9%84%D9%83

Artikel bertajuk "Keutamaan Tamadun Islam dam Bidang Sains Perubatan" dikarang oleh Dr. Hana Ismail membincangkan tentang peranan khalifah-khalifah dan sikap masyarakat Arab Islam dahulu yang sangat mementingkan ilmu perubatan. Para pemerintah menjana dana kepada ahli sains silam dalam aktiviti penyelidikan dan kajian ilmiah sehingga wujudnya pelbagai institusi pendidikan perubatan yang menjadi model dan ikutan pakar sains zaman moden. Sebagai contoh, universiti andalus yang terdapat di sepanyol.

Kemunculan ilmu astronomi banyak memberi kesan pada perkembangan ilmu sains dan teknologi apabila wujudnya pelbagai balai cerapan dan alat cerapan tentang bintang-bintang seperti cerapan al-tusi di Maragha yang merupakan sebuah cerapan terbesar di dunia. Hasil dari kewujudan ilmu ini juga, wujudnya alat yang dikenali asturlab. Ilmu astronomi membantu dalam menentukan dan meramalkan musim-musim dan keadaan yang berlaku berdasarkan kedudukan bintang-bintang. Antara tokoh astronomi yang terkenal ialah keluarga Banu Musa bin Shakir.


ابتكار المسلمين علم الجبر

http://islamstory.com/ar/%D8%A7%D8%A8%D8%AA%D9%83%D8%A7%D8%B1_%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D9%84%D9%85%D9%8A%D9%86_%D8%B9%D9%84%D9%85_%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%A8%D8%B1

Artikel bertajuk " Usaha Umat Islam dalam Ilmu al-jabr" oleh al-Ragheb al-Sarjani. Artikel ini mengemukakan tokoh al-Khawarizmi yang merupakan tokoh pertama menghasilkan ilmu matematik al-gebra dalam bukunya bertajuk "al-jabr wal muqabalah". Beliau mengemukan solusi masalah dalam algebra dan banyak menggunakannnya serta membantu dalam kehidupan harian seperti urusan jual beli, pusaka, wasiat, ukur tanah dan sebagainya.

Medicine and Modernity in The Middle East and North Africa

http://www.scribd.com/doc/115590838/Medicine-and-modernity-in-the-middle-east-and-north-africa


Artikel bertajuk perubatan dan kemodenan di Timur Tengah dan Utara Afrika dikarang oleh Nancy Gallagher merupakan artikel berbentuk ulasan merujuk kepada enam buah buku iaitu :

1) Gender and the making of modern medicine in colonial egypt
2) Diagnosing empire: women, medical knowledge, and colonial mobility.
3) Colonial madness: psychiatry in French North Africa
4) Perilous Modernity: History of Medicine in the Ottoman Empire and the middle east from the 19th century onwards.
5) Ottoman Medicine: Healing and Medical institutions
6) Healing the land and the nation: Malaria and the Zionist project in palestine 1920-1947.


Buku yang ditinjau menunjukkan gaya ini dalam sejarah sosial perubatan dan mencadangkan haluan baru untuk penyelidikan selanjutnya. Penulis mengkaji buku secara kronologi mengikut tempoh sejarah. Buku pertama,  perubatan Uthmaniyyah pada tahun 1500-1700, telah menetapkan peringkat pertemuan dengan perubatan Barat. Buku kedua, sebuah jilid yang disunting, menujukan sesuatu persoalan yang kompleks dan sering sukar difahami tentang kemodenan dalam empayar Uthmaniyyah dan Timur Tengah. Buku ketiga dan keempat mengetengahkan soal jantina, empayar, dan nasionalisma dalam reformasi perubatan di Mesir, Syria dan India. Buku kedua terakhir membincangkan tentang  membasmi malaria politik dalam mandat British Palestin dan rawatan penyakit mental di jajahan Utara Afrika.




politik membasmi malaria di british mandat Palestin dan rawatan Illnes mental di penjajah utara Afrika.

Medicine In The Pagan Arab States




http://www.scribd.com/doc/116215659/Medicine-In-The-Pagan-Arab-States

Semenanjung rantau Arab terletak di antara Yaman dan sempadan Syria dan Iraq. Penduduk di sana merupakan penduduk asal atau original yang mempunyai warisan kebudayaan dan linguistik yang sama. Artikel ini dikarang oleh Mostafa Shehata, seorang doktor perubatan dari Universiti Iskandariah Mesir.

Ia menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan tiga bangsa utama; "Mina" (1300-650 S.M), "Saba" (950-115 S.M) dan "Hims" (115 S.M hingga 525 A.D). Mereka mengamalkan persekitaran fizikal yang teruk sejak beribu-ribu tahun dan animis serta musyrik dalam kepercayaan agamanya. Semenanjung Arab juga banyak dipengaruhi politik dan budaya empayar Byzantine dan Sassania yang tinggi dibangunkan mengelilinginya. Komuniti Arab yang maju terdapat di semenanjung Mekkah, Taif dan Yathrib. Orang-orang Arab membina tiga jenis masyarakat atau struktur sosial iaitu:

-Msyarakat Nomad (Badwi)
-Masyarakat pertanian
-Masyrakat bandar

Artikel beliau menghuraikan tiga bahagian penting iaitu:

1) Asal-usul perubatan.

Masyarakat purba Arab memahami perubatan sebagai sesuatu yang dapat melegakan kesakitan, disediakan secara empirik dan muhasabah. Di sudut ini, mereka percaya terdapatnya satu kuasa semulajadi iaitu air, udara, haba dan cahaya dalam mengubati penyakit mereka. Mereka banyak berurusan dengan sesuatu penyakit secara empirik (bukan teori), merujuk kepada tahyul, magik dan penipuan. Perubatan rasional secara praktikal melalui ubat-ubatan tumbuhan semulajadi, bahan organik dan unsur semulajadi selalu digunakan selain dari prosedut pembedahan dan termo-cautery (pemeriksaan badan).



Antara pengamal perubatan sewaktu zaman ini ialah :
-Paderi
           -Ahli silap mata
       -penyembuh
-Doktor


2) Pakar Doktor yang Terkenal

-Lukman
-Zohair Ibn Hobal
- Ibn Huzeem
-El-Shamardal Ibn Kibab


3) Pakar Doktor dan Jururawat Wanita
-Sahar Binti Lukman
-Hind Binti El-Hassan
-Khomaa Binti Habis
-Om Atia El Ansariah

Kesimpulannya, Sepanjang pra-sejarah Islam di Pagan, ia mempunyai amalan perubatan yang baik dan kemunculan jua ramai para doktor yang berpengalaman baik dalam amali perubatan  atas asas rasional (secara teori) yang munasabah.

Turkish Anatomy Education From The Foundation of The First Modern Medical School to Today

http://www.scribd.com/doc/116215791/Turkish-Anatomy-Education-From-The-Foundation-of-The-First-Modern-Medical-School-to-Today

Artikel ini dikarang oleh Enis ULUCAM MD dari fakulti perubatan, Universiti Trakya. Artikel tersebut membincangkan ilmu perubatan anatomi yang dilaksanakan di Turki. Bagaimana pembentukan pendidikan ilmu urai tubuh (anatomi) Turki daripada penubuhan sekolah perubatan moden yang pertama sehingga ke hari ini.

Pendidikan anatomi jelas bermula sebagaimana pengkhususannya yang jelas yang terdapat di " Tibhane-i ve Cerrahhane-i Amire. Sebuah sekolah perubatan pertama yang ditubuhkan oleh Sultan Mahmut II pada 14haribulan Mac tahun 1827.

Gambar Sultan Mahmud II

Secara rawaknya, pendidikan perubatan anatomi dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

1) Tempoh pra-diseksi (pembedahan) tahun 1827-1841.
   
Pada tempoh ini, pendidikan anatomi diberi secara teori. Dasar undang-undang anatomi kecuali tulang   dijadikan sebagai carta dan model.

2) Tempoh bukan perubatan mayat (1841-1908).

Selepas Sultan Abdul Mejid dilantik sebagai kuasa pemerintah, beliau membenarkan membuat pembedahan dengan tujuan pendidikan; pengaplikasian secara praktik terhadap mayat bermula. Mayat-mayat hamba dan orang tawanan dijadikan sebagai bahan kajian pembedahan. Pembedahan dibuat sehingga mayat tersebut mula mereput. Atas sebab ini, teori pendidikan anatomi diberikan dengan skala yang besar sekali lagi.

3) Tempoh perubatan mayat (1908-2003).

Penggunaan kaedah bahan-bahan kimia digunakan dan diberi dalam pendidikan anatomi, melalui pembuluh darah. Mayat mula digunakan pada mulanya untuk tempoh masa yang lama tanpa berlakunya pereputan dalam tempoh ini. Maka, skala mempraktikkan pendidikan anatomi ini semakin meningkat. Selepas tahun 1945, pendidikan anatomi telah dibuktikan dengan kuantiti pembangunannya yang sangat cepat. Kini, 41 jabatan anatomi meneruskan aktiviti sedemikian.

Kesimpulannya, pendidikan anatomi menunjukkan kuantiti pembangunan yang sangat deras dengan  penubuhan fakulti perubatan, Universiti Ankara pada tahun 1945. Fakulti perubatan di Universiti Ege telah ditubuhkan sebagai fakulti ketiga di Izmir. Hari ini, terdapat 41 jabatan anatomi yang menjalankan dan menyambung aktiviti tersebut di Turki. Bilangan tenaga pengajar dan pensyarah dalam jabatan ini juga meningkat secara beransur-ansur oleh masa.

 

Some of Arab and Muslim Physicians Achievements Attributed to Western Physicians


http://www.scribd.com/doc/116216103/Some-of-Arab-and-Muslim-Physicians-Achievements-Attributed-to-Western-Physicians

Artikel yang bertajuk " Beberapa pencapaian ahli fizik Arab dan Muslim menyumbang kepada ahli fizik Barat" dikarang oleh Abdul Nasser Kaadan. Ia menceritakan tentang tokoh bernama al-Razi, Ibnu Sina dan Az-Zahrawi yang hebat dalam bidang perubatan. masing-masing memberi sumbangan pada perubatan Barat dan zaman kini. Antara sumbangan tokoh ini ialah Ibnu Sina menulis buku bertajuk " Canon of Medcine".

Canon mengandungi semua pengetahuan perubatan sehingga abad yang ke-10. Ia telah diterjemahkan kepada banyak bahasa dan rujukan untuk sekolah-sekolah perubatan di Eropah sehingga abad ke-17. Walaupun Canon adalah sebuah buku yang hebat, ia dibayangi karya-karya penting sebelumnya lagi oleh Al-Razi dan Al-Zahrawi, dan seterusnya ia oleh Ibn Al-Nafis dan Ali Ibn Abbas dan HalleAbbas.

Sinan: Tokoh Arkitek Genius Dawlah Uthmaniyyah



Artikel jurnal ini membincangkan tentang sorang tokoh seni bina Islam pada zaman pemerintahan Dawlah Uthmaniyyah iaitu Sinan. beliau adalah Chief Imperial Architect Dawlah Uthmaniyyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan; sultan Sulayman al-Qanuni, Salim II (1566-1574M) dan Murad III (1574-1595). Beliau dikenali atau digelar sebagai Qujah Mi'mar Sinan (Sinan, The Grand Old Master Architect) dan digelar Micheal Angelo of the Turks oleh pihak Barat.

          Nama sebenar beliau ialah Sinanuddin Yusuf bin Abdullah. Beliau telah dilahirkan di kampung Agirnes, berdekatan dengan Qaysariyyah di Anatolia pada 15 April 1489. Ibu bapanya berketurunan Yunani Kristian atau Armenia. beliau merupakan seorang tukang kayu atau bina. Sinan juga mempunyai anak murid sendiri seperti Daud Aga, Ahmad Aga, Kamal al-Din, Yatim Baba Ali dan Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1578 ketika usianya hampir 100 tahun.

              Pendidikan terawal Sinan adalah menerusi penyertaannya dalam The School of The Acemi Oglanlar (kadet) di Istanbul, kemudian berkhidmat sebagai jurutera tentera janissary dalam ekspedisi Belgrade (1521M) dan ekspedisi Rhodes (1522M). Melalui keberanian yang ditonjolkan dalam kedua ekspedisi ini, beliau dianugerahkan jawatan sebagai zenberekdji bashi (chief firework-operator) atau ketua operasi kejuruteraan. Antara peperangan atau ekspedisi ketenteraan lain yang disertai beliau ialah Mohacs (1526M), Jerman (1529M), Baghdad dan Basrah (1534M).

             Sepanjang penglibatan beliau dalam seni bina Islam, sebanyak 477 buah monumen telah dibina di seluruh empayar Uthmaniyah. 336 buah monumen dibina di Istanbul dan kawasan sekitarnya. 141 buah monumen bertaburan di seluruh pelosok empayar termasuklan Greece, Bulgaria, Hungary, Makkah, Madinah, Jerusalem, Damsyiq, Aleppo, Basrah dan Baghdad. 

Monumen-monumen tersebut dibine berdasarkan kategori-kategori seperti berikut:

- masjid jami' (cami)
- masjid  (mescit)
- sekolah (medrese)
- kolej menengah dan rendah
- ma'ahad tahfiz (darul qura)
- istana (saray)
- makam dan batu nisan; kawasan perkuburan sultan (turbe, kumbed)
- hospital (dar us-syifa', timarhane)
- saluran air (sukemeri)
- jambatan (koprii)
- restoran (imaret)
- gudang (han)
- rumah rehat (caravanserais, tabhane)
- tempat permandian awam (hammam)

Binaan pertama yang didirikan Sinan ialah pembinaan jambatan untuk Coban Mustafa Pasha (1528-1529M) di Svilengrad, Bulgaria. Masjid pertama yang dibina beliau ialah  Uc Baz Mescit (1530-1531M) di Istanbul. Menurut O'Kane, terdapat tiga projek mega Sinan iaitu masjid sehzade; diklasifikasikan sebagai hasil kerja seorang perantis. Kedua ialah masjid Suleyman; hasil unik seorang penjelajah yang mencapai tahap kematangan. Ketiga, masjid Selimiye; hasil seni bina agung oleh seorang arkitek genius. Sinan sememangnya mempunyai kepakaran dalam konsep the Organisation of space and dome construction.

MASJID SULAIMAN 

Süleymaniye Camii (Suleiman Mosque), Istanbul
General view of the interior, filled with light

Süleymaniye Camii (Suleiman Mosque), Istanbul
The breathtaking interior of Suleiman Mosque
Süleymaniye Camii (Suleiman Mosque), Istanbul
Exterior view of Suleimaniye Mosque


MASJID SEHZADE








MASJID SELIMIYE







         Kesimpulannya, seni bina Uthmaniyyah mencapai tahap kematanganya apabila Sinan berjaya membina monumen 'empayar' yang dianggap sebagai masterpiecenya yang terakhir iaitu masjid Selimiye. Ramai arkitek Uthmaniyyah selepasnya mengadaptasi gaya Sinan dalam rekaan monumen mereka. Ketokohan Sinan terserlah melalui kemampuannya menyiapkan keseluruhan projek monumen dawlah dalam masa yang begitu singkat.







Science in Islamic Civilization

http://www.scribd.com/doc/116219360/Science-in-Islamic-Civilization

Faktor Pembangunan & Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam

http://www.scribd.com/doc/116217542/Faktor-Pembangunan-Kemunduran-Pengajian-Sains-Islam-Silam

Artikel yang dikarang oleh Alias bin Azhar membincangkan tentang hubungan Islam dengan sains dan teknologi pada masa silam (tamadun Islam), kepentingan pengajian sains Islam kini dan faktor-faktor pembangunan dan kemunduran pengajian sains Islam silam. secara falsafahnya sains Islam telah wujud seiring dengan penciptaan manusia pertama iaitu nabi Adam a.s iaitu sebelum al-Quran diturunkan.

     Al-Quran dan as-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkarkan berbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabii dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui terjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa arab. 

      Saya memetik Firman Allah ta'ala dalam al-Quran yang banyak menyebut : "tidakkah kau berfikir?, rugilah bagi mereka yang tidak berfikir dan sebagainya. Afala tatafakkaru.. dari sudut penciptaan manusia itu juga sudah wujudnya pengajian sains islam ditambah dengan panduan Allah dari kalam-Nya al-quran menjadi satu sumber primer bahawa sains dan teknologi bukanlah suatu bidang yang asing dari agama, bahkan wujudnya keserasian dan kesesuaian yang jitu antara agama Islam dan perkembangan sains itu sendiri.

        Selain itu, timbul pandangan dari Orientalis Barat yang cuba menolak dan menjatuhkan saintis umat Islam iaitu, bahawa kewujudan sains dan teknologi dalam tamadun Islam tidak akan pernah berlaku melainkan ianya berpunca dari tamadun Yunani. Fakta sejarah sains Islam tidak menafikan berlakunya pertembungan antara islam dan yunani, iaitu penghijrahan ilmu yunani ke timur. Namun sains yunani telah disaring dan disuling agar sesuai dengan roh Islam. Faktor pembangunan sains juga berpunca dari faktor kesejagatan sains tabii dalam semua tamadun.

       Pengajian sains dalam budaya ilmu Islam berkembang pesat melalui proses penginstitusiannya secara rasmi dan sistematik. Ia bermula daripada rumah persendirian (Dar al-Arqam), berpindah ke masjid, dikhususkan bidang pembelajarannya kepada maktab dan seterusnya madrasah. Sokongan dan dorongan serta naungan politik pemerintah juga memainkan peranan penting dalam usaha menginstitusikan ilmu dan pembentukan budaya ilmu yang cemerlang. Fenomena ini diperkukuhkan lagi dengan menubuhkan perpustakaan sendirian dan awam yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan, penyelenggaraan bahan rujukan serta tempat diskusi para sarjana dan saintis Islam.

         Walaubagaimanapun, tamadun Islam menghadapi kemunduran pengajian sains Islam setelah kejatuhan pemerintahan Islam di Andalus yang merupakan pusat utama budaya intelektual Islam kepada tangan pihak Barat iaitu kristian. Faktor ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah:

1) Pandangan yang mengatakan bahawa falsafah dan sains boleh menghilangkan keimanan kepada khaliq sebagai punca segala sesuatu.
2) Halangan intelektual; pengasingan antara ilmu Islam dengan ilmu asing (kejuruteraan, perubatan dan sebagainya)
3) Sikap apati (tidak minat) yang meresapi jiwa dan pemikiran umat Islam memberi impak kepada pengasingan sains daripada kurikulum pengajian Islam.
4) Sikap dan pemikiran dalam kalangan sarjana Islam
5) Umat Islam gagal bersikap moden dan terbuka terhadap aplikasi sains dan teknologi untuk    mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat Islam.

Faktor berbentuk luaran pula ialah:

1) Serangan perang salib terhadap kerajaan pemerintahan islam di andalus
2) Kemelesetan ekonomi islam; dana dan tajaan pendidikan serta penyelidikan terpaksa dihentikan
3) Perang saraf atau serangan secara mental (pemikiran) yang berbentuk kritikan dan penafian serta penyelewangan intelektual secara profesional.

          Kesimpulannya, sains Islam mempunyai entiti yang berbeza daripada sains yang diaplikasikan pada hari ini. sains Islam memiliki keistimewaan yang tersendiri. Maka wajar dan rasionalnya gerakan Islamisasi sains berasaskan perkembangan sains moden yang telah diresapi sekularisme tajaan Barat. Pengajaran daripada sejarah mengenai kemundurannya dapat dijadikan garis panduan asas ke arah memulakan sesuatu yang positif. Kecemerlangan silam bukan sekadar kenangan yang membanggakan tetapi sebagai pencetus motivasi ke arah mereliasasikan visi dan isi "khayra ummah" dalam seluruh aspek tuntutan kehidupan masa kini.

















ابتكار المسلمين علم الجبر

الخوارزمي مؤسس علم الجبر


علم الجبر ابتدعه وأسَّسه العالِم الإسلامي الكبير الخُوَارزمي (ت 232هـ/ 846م)، وقد ابتكره ليحلَّ به بعض المسائل الصعبة في قضايا الميراث، ووضع له من الأصول والقواعد ما جعله علمًا مستقلاًّ عن الهندسة وبقيَّة أنواع الرياضيات.
فالخُوَارزمي أوَّل مَن استعمل كلمة (جبر) للعلم المعروف الآن بهذا الاسم، وقد أخذه الأوربيون عنه، فحتَّى الآن ما زال الجبر يُعرف باسمه العربي في جميع اللغات الأوربية، فهو في الإنجليزية (algebra)، وفي الفرنسية (Algèbre)، وهكذا. وتَرجِع كل الكلمات التي تنتهي في اللغات الأوربية بـ (algorism/algorithme) إلى اسم الخوارزمي، كما يرجع إليه الفضل في تعريف الناس بالأرقام العربية؛ ولهذا كان الخوارزمي أهلاً لتسميته بأبي الجبر[1]

                                                                                                                                                                        كتاب الجبر والمقابلة للخوارزمي

يُعَدُّ كتاب الخوارزمي (الجبر والمقابلة) الكتاب الرئيس ذا الأثر الحاسم الذي دَرَس فيه تحويل المعادلات وحلِّها، وفي مقدِّمته بيَّن كيف أن الخليفة المأمون هو الذي طلب منه تأليفه، وقد ترجمه إلى اللاتينيَّة (جيررْدو دي كريمونا)، ونشر النصَّ العربي روزن مع ترجمة إنجليزية في لندن سنة 1851م.

وبفضل الترجمة الكثيرة لكتاب الجبر والمقابلة انتقل الحساب الهندي والنظام العشري في الحساب إلى أوربا؛ حتى عُرِفَت العمليات الحسابيَّة باسم (Alguarismo)، والغريب أنها تُرجمت إلى العربيَّة باسم (اللوغاريتمات)، وهي في الأصل منسوبة إلى الخوارزمي! والصحيح أن تُترجَم (الخوارزميات) أو (الجداول الخوارزمية).

وقد أصبح كتاب الجبر والمقابلة مصدرًا أساسيًّا في الرياضيات في الجامعات الأوربية حتى القرن السادس عشر، وكان معظم ما ألَّفه مَن خلفه في علم الجبر مستنِدًا إليه، وقد نقله من اللغة العربيَّة إلى اللاتينيَّة روبرت أوف شستر (Robert of chester)، فاستنارت به أوربا، وحديثًا حقَّق الدكتوران علي مصطفى مشرفة ومحمد مرسي هذا الكتاب، وذلك في سنة 1968م[2].

وقد أكمل المسيرة بعد الخوارزمي أبو كامل شجاع المصري[3]، وأَبو بكر الكرخي[4]، وعمر الخيام[5]، وغيرهم من علماء المسلمين الذي نبغوا في هذا المجال.

اكتشافات علماء المسلمين في الجبر

أولاً: ابتكار واختراع المسلمين الصفر
ويُعَدُّ اختراع وابتكار الصِّفر في الترقيم من أهمِّ مآثر واكتشافات المسلمين في الجبر، ولا ريب أن ذلك أدَّى إلى تسهيل العمليات الحسابيَّة وتقدُّم العلوم الرياضيَّة؛ إذ لولا الصفر لَمَا استطاع العلماء حلَّ كثير من المعادلات الرياضيَّة في مختلف الدرجات بالسهولة التي تحلُّ بها الآن، ولَمَا تقدَّمت فروع الرياضيات تقدُّمها المشهود، وبالتالي لَمَا تقدَّمت المدنية هذا التقدُّم العجيب[6].

ثانيًا: حل المعادلات من الدرجة الثانية
ومن أهمِّ مآثر واكتشافات المسلمين كذلك في الجبر أنهم عرفوا حلَّ المعادلات من الدرجة الثانية، وهي نفس الطريقة المستعمَلَة الآن في كتب الجبر الحديثة، ولم يجهلوا أن لهذه المعادلات جذرين, واستخرجوهما إذا كانا موجبين، وهذا من أهمِّ الأعمال التي تَفَوَّق فيها المسلمون, وفاقوا بها غيرهم من الأمم التي سبقتهم، كما ابتكروا طرقًا هندسية لحلِّ بعض هذه المعادلات، وفي باب المساحة في كتاب (الجبر والمقابلة) للخوارزمي توجد عمليات هندسيَّة حلَّها بطرق جبريَّة؛ ممَّا يدلُّ على أن المسلمين -كذلك- هم أوَّل من استعان بالجبر في المسائل الهندسيَّة[7].

ثالثًا: استعمال الكسر العشري
وإذا كان يُنْسَب إلى العالم الرياضي ستيفن استعمال الكسر العشري، فإن العالم الرياضي المسلم غياث الدين جمشيد الكاشي[8] كان أول مَنْ وضع علامة الكسر العشري واستعملها قبل ستيفن بأكثر من 175 سنة، وبيَّن فوائد استعمالها وطريقة الحساب بها، وفي ذلك فإنه يذكر في مقدِّمة كتابه (مفتاح الحساب) في الصفحة الخامسة منه أنه اخترع الكسور العشريَّة؛ ليسهل الحساب للأشخاص الذين يجهلون الطريقة الستينية. وإذن فهو يعلم أنه اخترع شيئًا جديدًا[9].

رابعًا: استعمال علماء المسلمين الرموز في الجبر
وكذلك فإن علماء المسلمين بعد الخوارزمي قد استعملوا الرموز (+، -، ×، ÷) في الأعمال الرياضيَّة، ومن مؤلَّفات القلصادي الأندلسي[10] ما يثبت صحَّة ذلك، وبخاصة في كتابه (كشف الأسرار عن علم حروف الغبار). ولا يخفى ما لاستعمال هذه الرموز من أثر بالغ في تقدُّم الرياضيات على اختلاف فروعها، وإنه لمن المؤسف حقًّا أن يُنْسَب إلى العالم الفرنسي فرانسيس فيت الذي عاش فيما بين (1540-1603م) ابتكار تلك الرموز والإشارات الرياضيَّة[11].

خامسًا: حل معادلات الدرجة الثالثة
هذا ويُعَدُّ حلُّ عمر الخيام (436- 517هـ) للمعادلات الجبرية ذات الدرجة الثالثة بواسطة القطوع المخروطيَّة من أعظم الأعمال التي قدَّمها علماء المسلمين للبشريَّة كلها، وبتأمُّل حلِّ عمر الخيام للمعادلات التكعيبيَّة باستخدام القطع المكافئ والدائرة -مثلاً- يتبيَّن جليًّا أنه تحدَّث عن الإحداث الأفقي (الإحداث السينيّ) ليفسر الإحداثيين للنقطة؛ وبذلك يكون عمر الخيام هو الذي وضع اللَّبِنَات الأُولَى لعلم الهندسة التحليليَّة، تلك التي تُنْسَب للعالم الفرنسي رينيه ديكارت، الذي لا نشكُّ أنه فقط طوَّر الهندسة التحليليَّة وأرسى أصولها، ولكن هذا لا يعني أننا ننسى دور المبتكر عمر الخيام[12].

د. راغب السرجاني

Ulasan Admin:
Artikel bertajuk " Usaha Umat Islam dalam Ilmu al-jabr" oleh al-Ragheb al-Sarjani. Artikel ini mengemukakan tokoh al-Khawarizmi yang merupakan tokoh pertama menghasilkan ilmu matematik al-gebra dalam bukunya bertajuk "al-jabr wal muqabalah". Beliau mengemukan solusi masalah dalam algebra dan banyak menggunakannnya serta membantu dalam kehidupan harian seperti urusan jual beli, pusaka, wasiat, ukur tanah dan sebagainya.