Showing posts with label BiNgKiSaN ALBI. Show all posts
Showing posts with label BiNgKiSaN ALBI. Show all posts

Soal Amanah, berkaitan dengan Rasa Kebertanggungjawaban??

Ke hulur dan ke hilir..
Adakalanya seronok..
Adakalanya Duka..

Bila terasa penat mengejar..
Hati tertanya-tanya, apa yang daku cari..
untuk gah di mata manusia atau,
ikhlaskah kita kerana Allah.??

Saat kita berprogram.. hati cemburu melihat sahabat-sahabat yang dapat fokus pada pelajaran. Apa enti tak amalkan awlawiyyat dalam pengurusan masa?? detus hati. bukan,, bukan ana tak nak ikut awlawiyat. sememangnya ana akan ikut. tapi selagimana jasad ana ini mampu untuk berusaha lakukan amal kebaikan untuk manusia, untuk Islam.. biar rasa sakit di hati.. biar rasa tak berdaya untuk ditanggung, biar tiada siapa yang mengetahui apa yang tersirat di hati.. cukup, aku ada ALLAH.

Dia lah Penguatku..
Dialah sumber ilhamku..
Dialah sumber kekuatanku..
Dialah nasihat bagiku..

Kehilangan Dia, teasa sesuatu yag sunyi...
Apatah lagi untuk mengecewakan Dia, Rabbi sekalian Alam.
Kerna terpatrinya satu baiah, kerna termeterainya satu perjanjian dengn kekasih hatiku..
Aku tetap berpegang janji. Sebolehnya nak jadi yang terbaik di matanya walaupun aku tahu sukar untuk mencapai semuanya.. USAHA lah bukti aku kepada Tuhan yang satu.

Segala nikmat yang ana miliki adalah pinjaman dari Allah dan sekiranya suatu hari nanti nyawa si pemilik blog ini pergi meninggalkan kenikmatan di dunia ini, ada sesuatu yang telah dia sediakan untuk diberikan kepada pemiliknya yang mutlak; ALLAH SWT. Allah berikan pinjaman ini dalam keadaan baik..maka, pulangkan lah semula haknya dalam keadaan yang baik juga.

Alhamdulillah, kolokiumm antarabangsa berjalan dengan baik, hasil bantuan usaha dan penat lelah sahabat2 exco PPSFPI sesi 2014/2015. Sesuatu yang tak dijangka dek akal dengan penghujung usaha ini, kami mampu 'run' biarpun pelbagai mehnah dan cabaran diuji.

Amanah + keikhlasan + Pengorbanan

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan aku kabulkan permintaan mu". itulah sifat rahmah Allah, sentiasa memberi jalan kepada hamba-Nya yang memerlukan, memujuk hamba-Nya dikala kebuntuan melalui kalam cinta-Nya, meyakinkan hamba-Nya setiap ganjaran yang dijanjikan oleh-Nya. Alhamdulillah ya Allah, dalam setiap perkara Dikau mendidik ku.. menjadi orang yang sabar dan yakin dengan kemampuan dan kuasa doa. (^_^)

Matlamat Gen-Q


Jiwa seorang hamba Ilahi, pasti layu sekiranya hati melebihkan manusia lain atau benda lain daripada Allah Ta’ala sendiri. Musim bunga, semua ingin mencari berteman.. musim bola, semua mencari pasukan kegemaran, musim ramadhan mungkin agak payah hamba-hamba ini bermuhasabah mengenainya. Ya Allah, Alhamdulillah.. Dikau panjangkan umurku untuk menikmati ramadhan kali ke-24. Allah, usia…?? Lamanya daku hidup. SubhanALLAH, sayangnya Daku padaku. Walaupun diri banyak kesalahan dan dosa tapi Allah massih panjangkan umur kita untuk terus beri peluang kepada kita, kembali kepada-Nya. Wahai hati, apa yang dikau cari di dunia..? kerjaya… harta benda… keturunan.. kemewahan..?? adakah semua ini dapat menjamin dirimu masuk ke syurga Allah.??

[Detus hati: jawablah dengan ikhlas]

Daku tak pinta kemewahan berlebihan, tapi jadikanlah kemewahan itu sebagai wasilah daku membantu golongan lemah dan memerlukan di luar sana. Daku tak minta pangkat atau nama di dunia, tapi andaikata dengannya daku mampu menyebar luaskan dakwah islam-Mu.. mengajak hati-hati yang telah leka dari mengingatimu, daku pohon untuk memilikinya. Keturunan dan bermegah dengannya bukanlah yang daku juga pinta,  cukuplah memberikan daku keturunan yang soleh solehah, keturunan yang sentiasa berhajat menegakkan syiarmu… meski keturunan yang tiada apa di mata manusia, tapi cukuplah keturunan yang punyai mata di hati dengan sinaran ilmu-Mu yang tidak akan pernah habis diambil tinta-tintanya.

        Suka melihat karenah manusia sekarang, dan diri banyak memerhati sikap orang disekeliing agar menjadi pengajaran pada diri, supaya berkelakuan dengan nilai-nilai yang terpuji. Kadang-kadang jatuh dan rebah tapi terus kembali mengingati perjuangan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ulama-ulama Islam yang lain yang telah banyak bersusah payah untuk kesenangan generasi umat islam akan datang iaitu kita. Segalanya sudah tersedia… tinggal mencedok dan aplikasikan dalam kehidupan… payah kea untuk buat dan bangunkan sesuatu yang baik untuk ummah?


Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menguji keimanan kita,

Kadang-kadang Allah hadirkan pelbagai dugaan tanpa ada tempat bergantung..
Tapi sedarkah, itu tanda Allah cemburu sekiranya kita mendahului atau mengharap orang lain terlebih dahulu berbanding Penciptanya.. itulah tanda Allah sayangkan kita.

Kadang-kadang Allah, tidak berikan apa yang kita mahu tapi Dia berikan apa yang kita perlu…
Kerana Dia lebih mengetahui isihatimu apa yang sesuai dan tidak sepatutnya untuk kamu..

Allah hadirkan berbagai manusia kepada kita, untuk mengajar kita erti berkasihsayang, erti saling bantu membantu, erti sebuah pengorbanan..

Ye, pengorbanan…..! itu keywords nya. Kalau benar dirimu sedang mengejar cinta Allah, Redha Allah… dirimu akan lebih yakin untuk berhadapan dengan pelbagai mehnah. Biar seribu orang tidak meredaimu tetapi kita punyai redha Allah. Dialah tempat kita mengadu segala massalah dan kebergantungan kerana hanya Dia yang layak..

Kita dihidupkan daripada-Nya..
Tujuan kita dihidupkan untuk-Nya..
Kepada-Nya kita kembali..

Alhamdulillah, exam berlalu dan semakin berlalu. Umpama pungguk rindukan bulan.. begitulah daku yang merindukan-Nya untuk berbicara. Kalimah dan pujian pada-Nya menjadikan daku seorang yang lebih kuat dan yakin untuk terus maju kehadapan demi membangunkan ummah. Dalam tempoh yang singkat, pelbagai perancangan yang bermain di fikiran. Semuanya tak lain tak bukan untuk “fastabiqul khairat”. Tetapkan prinsipmu dan terus mengorak langkah untuk capai niat murnimu.. Allahu musta’an. Dia Maha Pemurah dan Pemberi. Tiada apa yang mustahil di dunia ini.

Coretan Ismialbi @  <InsyALLAH..Tuition Gen-Q>

Rindu pada Bonda.!!

Mengira hari demi hari. detik demi detik..
Tangan terus menaip, hati terus berbicara..
Memikirkan Bonda di kampung.. Rindukah bonda padaku??

ALLAH.. seorang ibu yang banyak berjasa pada 11 orang anak. Seorang ibu yang gigih memahami kami erti kehidupan. Seorang ibu yang tabah dan kuat semangatnya mendidik kami mengenal erti kehidupan berlandaskan keimanan seorang muslim.

*** TERIMBAU kerutan di wajah ibu ***

Dalam lingkungan umur 60-an, badan rendah dan kecil orangnya tapi petah berkata..
Seorang anak dan kakak yang baik dalam keluarga adik-beradiknya.Kerutan di dahi, pipinya mengingatkan daku pada keringat peluh ibu. Betapa gigihnya dan mulianya bonda dalam membesarkan kami dalam serba kekurangan.. tapi demi yang sedang rindu menanti, segala badai ditongkah..hanya sesuap nasi dan demi anak-anaknya. Masa kecil daku semestinya tidak memahami, dalam keremajaan.. daku keliru dengan tindakannya, bila usia kemudaan.. daku terfikir: besarnya pengorbanan ibu ku..!

sambil study, sambil laju tangan mengingati ibu.. Allah, hanya sekalung al-fatehah dihadiahkan buat mereka berdua.

# malam-malam, ibu bekerja mengupas bawang di rumah jiran #
# malam-malam, ibu bertungkus lumus menyusun dan mengikat sayur-sayuran untuk dijual #
# malam-malam, ibu bangun melayani karenah anaknya yang sakit #
# malam-malam, ibu gigih mengayuh basikalnya menghantar dan membawa kami ke kelas tambahan #
# berpagi-pagian pula, ibu kekadang pergi ke rumah jiran.. membuat pinjaman wang untuk kemudahan anaknya yang belajar di luar negara #
# berpagi-pagian, ibu pernah menitiskan airmata kerana kenakalan anaknya #

kini, dalam usia lanjut begini.. ibu masih risau dengan adik bongsunya setelah pemergian nenek. bagusnya ibu saya.. (^_^) kerana Dia, Kami belajar untuk kuat mengharungi hidup. kerana Dia, kami menjadi insan berguna.. mengenal mana yang halal dan haram.

kerana Dia.. kami mengerti pentingnya didikan agama dalam kehidupan.
Thanx a lot Mom.. You're always no.1 for me.


Hidup Pastikan Berprinsip!

Alam Mahasiswi

kehidupan seorang mahasiswi takkan pernah lari dengan ujian. kadang-kadang terasa lelah tapi ia boleh bertukar sangat bahagia bila kita dapat memahami sesuatu perkara itu yang tidak pernah kita terfikir mampu untuk lakukannya. inilah kuasa 'paksa'.. manusia perlukan tekanan untuk melonjakkan dirinya membuat paradigma dalam kehidupannya. dulu degree, semua disediakan.. tapi ni master, semua kena berdikari. biar penat di dunia kerana tuntut ilmu jika sekiranya inilah yang dapat merebut redha ALLAH dalam kehidupanku. itulah tugasan seorang mahasiswa, aktiviti persatuan aktif juga tapi jangan tinggalkan amanah kita kepada pensyarah sebagai seorang penuntut ilmu. jaga adab.! dengan mereka, itu tersangatlah penting.

Harini pergi ke perpustakaan, sempat berseloroh dengan roomate:
" ok, harini akk nak pergi library.. nak jumpa Ahmad Ammar" (tersenyum sipu)

"amboi, dah salah niat ni. orang nak g library nk tuntut ilmu..akk ke lain pulak"

"ala,, bukn selalu akk nk berseloroh macam ni" 

(bahana bila terlampau taksub dengan ketekunan arwah ahmad ammar dalam perjuangannya menuntut ilmu dan melakukan kebajikan masyarakat)


Jangan Dikenang Benda yang Lalu

Harini hati berkecamuk, macam-macam difikirkan ditambah pulak assignment2 yang bertindan-tindan. Allah, diuji pula dengan perkara lain.. semua benda tak jadi nak buat. benda yang berlalu, kembali segar bermain di fikiran. ya ALLAH, bukan ini yang aku kehendaki.. bantu daku dari keserabutan semua ni. kenapa perlu fikirkan benda yang dah lalu?? semua tu tak bawa pada redha ALLAH, cinta ALLAH dan mahabbah ALLAH. berhenti berfikir selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan ummah dan pelajaran. Bila diuji macamni, terkenang bonda di kampung.. rindu nak berbual2 dengan mak. hurm, harap bonda sihat di kampung. pujuk diri: tidak mengapa qolbi, selesaikan dulu tugasan mu sebagai seorang penuntut. selesai sahaja tugasan, awak boleh pulang ke kampung. kena bijak lawal emosi.. positifkan diri, insyALLAH boleh kawal emosi. jangan biarkan masa itu terus berlalu dengan sia-sia.. berbakti dan beramal, niat semua untuk ummah.

terlampau dek kusut di fikiran ni yang tak turun2 dari tadi.. sepanjang perjalanan tak sedar diri merempit laju, menuju ke PKNS bangi. fikiran ligat bermain dengan persoalan.. tapi masih tiada jawapan. akhirnya, hati berkata: cukuplah duhai hati, jangan difikir.. nanti semua perkara tak setel. doakan lah yang terbaik untuk semua. rintihan hati: aku tak minta semua ni terjadi, aku tak minta benda ni akan bermain di fikiran...

Astaghfirullah al-'azim..(tersedar dari lamunan). semua ni ujian qolbi. ujian Allah untuk mendidik dirimu menjadi seorang yang lebih tabah. pandang ke hadapan dan fikirkan strategi untuk masa hadapan yang lebih mencabar..ingat, apa-apa yang tidak mendekatkan diri kita kepada cinta ALLAH & RASULULLAH S.A.W, jangan pernah ambil endah. misi utama seorang a'bid, da'ie dan jundullah ialah mencari redha ALLAH dan tegakkan syiarNya. itu lebih utama.

Aku Terima Nikahnya

Sebenarnya buku ni dah lama nak beli sebab intipatinya menarik, tambahan pula ada voucher.. sampai tak tahu nak beli apa, tetiba terfikir buku "Aku Terima Nikahnya" karya ustaz hasrizal, seorang pendakwah dan penulis yang sangat bermotivasi. bila baca buku ni, ada beberapa ayat ustaz yang membuatkan diri terkesima umpama memulangkan buah paku kepada empunya diri:

"syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan sehingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti "warden penjara" ketika berurusan dengan muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah"

Gara-gara buku ni jugaklah diri terpaksa bertanyakan kat chasier mana lokasi buku tersebut  sebab lama memusing2, mencari2 tidak diketemui. bila ditanya kepada cashier, semua wajah kelat manis dibuatnya. mana tidaknya, cari buku tu tapi tak jumpa.. terpaksa tanya mereka. nasib baiklah ada "permata bonda", kurang sedikit rasa malu. 

Make Vission became Clear, to Make Easier

Capai matlamat dan bina kerjaya untuk ummah, buatkan parents berbangga dengan lahirnya anak bongsu ini agar diri inilah yang dapat menceriakan mereka, dapat memberi kan kekuatan dan kasihsayang tidak terhingga yang semakin lama umur mereka dimamah usia. They're the best for me than everything..^^


Semuanya kerana Ibu.

Aku lahir dari perut ibu.. (bukan kata orang, tapi memang benar..!!)

Apabila dahaga, yang susukan aku...ibu
Apabila lapar, yang menyuapi aku...ibu
Apabila sendirian, yang selalu di sampingku...ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...ibu
Apabila bangun tidur, aku cari...ibu
Apabila nangis, orang pertama yang datang...ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati...ibu
Apabila ingin bersandar, aku duduk sebelah...ibu
Apabila sedih, yang dapat menghiburkanku hanya...ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku...inu
Apabila merajuk, yang membujukku cuma...ibu
Apabila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...ibu
Apabila takut, yang menenangkan aku...ibu
Apabila ingin peluk, yang aku suka peluk...ibu

Aku selalu teringatkan...ibu
Apabila sedih, aku mesti telefon...ibu
Apabila senang, orang pertama aku ingin beritahu...ibu
Apabila takut, aku selalu panggil...."Ibuuuuuuuu!"
Apabila sakit, orang paling risau adalah...ibu

Apabila aku ingin berpergian, orang paling sibuk juga...ibu
Apabila buat masalah, yang lebih dahulu memarahi aku...ibu
Apabila aku ada masalah, yang paling risau...ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Kalau pulang ke kampung, yang selalu memberi bekal...ibu
Yang selalu menyimpan dan menguruskan barang-barang aku...ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku...ibu
Yang selalu menasihati aku...ibu
Apabila ingin menikah...orang pertama aku datangi dan minta persetujuan...ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri..
Apabila senang, aku cari...pasanganku
Apabila sedih, aku cari...ibu
Apabila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada...pasanganku
Apabila gagal, aku ceritakan pada...ibu
Apabila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Apabila berduka, aku peluk erat...ibuku
Apabila ingin berlibur, aku bawa...pasanganku
Apabila sibuk, aku hantar anak ke rumah...ibu
Apabila sambut Hari Lahir, aku beri hadiah pada pasanganku
Apabila sambut Hari Lahir Ibu, aku cuma dapat ucapkan 'Selamat Hari Ibu'

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...ibu ingat padaku
Setiap saat...aku ingin telefon pasanganku
Entah bila...aku ingin telefon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renung-renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.. masih ingatkah kau pada ibu lagi?? tidak banyak yang ibu inginkan...hanya dengan menyapa ibu cukuplah."

Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau ibu sudah tiada...
IBUUU... RINDU IBU...RINDU SEKALI......

Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya..
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya...
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
DAN, akhir sekali berapa banyak yang mendoakan kesejahteraan ibu ayahnya...

...Ibu Juga Manusia Biasa..

Ibu mana yang tidak pernah menangis? ibu mana yang tidak pernah memikirkan kebaikan untuk anak-anak? ibu juga kerap menangis tapi yang pasti, tangisan ibu hanya di hati. Tidak sekali-kali ibu mahu dirimu melihat air mata ibu ini tumpah. Biarlah hanya ibu yang menanggung apa-apa yang dirasa kerana ia adalah amanah dari ALLAH!

*Menangis bukan bererti kewujudan dirimu menyusahkan ibu, bahkan ibu benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu di dunia ini. Ibu cuma berasa takut jika tidak mampu memikul tanggungjawab untuk mendidikmu menjadi insan yang mulia, soleh dan solehah. Apatah lagi di saat ibu keseorangan dalam pentarbiyahan mendidik anak-anak ibu semua.. Maaf, andai ada hati yang terasa, maaf andai ada yang merasakan ibu tidak berlaku adil, maaf andai sewaktu kecil ibu selalu menggunakan kekerasan dalam mendidikmu. ibu tidak sehebat anak-anak ibu, tidak sepandai dan secerdik anak-anak ibu.. hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk lihat anak-anak ibu berjaya..untuk lihat anak-anak ibu membesar dalam beragama.

Pastinya dirimu menyedari gelagat ibu yang kadangkala memarahimu,tidak sabar dan berleter yang berpanjangan. Namun, percayalah, ibu lakukan semua itu supaya dirimu menyedari bahawa hidup ini wujud pelbagai rintangan pada masa kelak. Hanya dengan cara itu ibu mampu meluahkan apa-apa yang terbuku. 

Bukan tidak sayang.. bukan tidak cinta, tetapi disebabkan semua itulah ibu lakukan itu padamu. Percayalah, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya dan bertambah bahagia apabila melihat anaknya membesar sebagai hamba yang soleh/solehah. 

Wahai setiap jiwa yang bergelar 'anak'..
Cubalah renungi wajah ibumu seketika, tatkala matanya terlelap melepaskan penat, apakah yang kau temui di celah kedutan wajah ibu tuamu itu? Apakah yang kau rasai pada wajah yang pernah melahirkan dirimu?

~Tatkala emosi direnggut syahdu, panjatkan doa ke hadrat ALLAH agar memberi kita kekuatan untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, amin..~

Saat indah kehidupan Rasulullah s.a.w bersama ummahatil mukminin; aisyah r.a:-
Sewaktu Aisyah R.A dalam keadaan marah, Rasulullah masuk dan memegang serta menggosokkan hidung Aisyah sambil berkata:

اللهم اغفرلي ذنبي
وأذهب غيظ قلبي
وأجرني من الشيطان

Maksudnya: Ya ALLAH, ampuni dosaku..
                    Buangkanlah kemarahan yang menyesakkan hatiku ini
                    dan lindungilahku dari syaitan..

Ya ALLAH, jadikanlah daku hamba-Mu yang sabar dan anak yang soleh/ah.

Firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Nahl ayat 127: واصبر وما صبرك الا بالله

Maksudnya; Bersabarlah! Tiadalah yang membuatkan engkau sabar kecuali ALLAH.

Pesanan kalam akhir buat anakanda ibu.. Anakku,
Ibu tidak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk hidup bersamamu. Ibu juga tidak tahu bila denyut nadi ini akan berakhir. Terasa semuanya mahu disampaikan di sini... tapi semua itu mustahil bukan.? tetapi, sekurang-kurangnya ibu telah meluahkan kasih dan cinta ibu terhadapmu kerana ibu mengharapkan kesejahteraan dan keselamatan dunia akhirat milikmu dan anak-anak seluruh umat ini. 

Kepada semua yang membaca nukilan ini, anda semua ialah anak-anak ibu dan jadilah anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa. Ketahuilah, dirimu jualah aset bernilai bagi seorang ibu dan ayah ketika kembali menghadap ALLAH Rabbulizzati kelak.









Salam sayang dari Ibu & ayah. (^__^) 







Letakkan ALLAH first di Hatimu


Memoir al-Marhum Ahmad Ammar: Pencinta buat si Da'ie

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dipanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah mengizinkan hamba yang si fakir ilmi ini untuk hadir bersama-sama sahabat lain ke majlis “Memoir Cinta Ammar: Pedoman Buat Murabbi”. Siapa yang tidak mengenal al-marhum Ahmad Ammar.. kisahnya yang telah mencetuskan kesedaran umat Islam di serata dunia sehingga dikatakan riwayat hidupnya diketahui ke negara Barat. SubhanALLAH.. Al-marhum pergi dengan meninggalkan sesuatu ‘khazanah’ berharga buat ummah terutamanya dalam kalangan pemuda-pemudi Islam untuk terus berdakwah dan membantu saudara-saudara Islam yang berada dalam kesusahan.

Beliau hanya insan biasa yang juga seorang pelajar di universiti Ankara dan maktab tentera di Turki. Benarlah pepatah yang mengatakan: Anak yang lahir dari ibu bapa yang hebat dari sudut didikannya. Tapi tidak semestinya ibu bapa yang kurang hebat, tidak mampu melahirkan generasi kelahirannya yang hebat-hebat. Semuanya terletak pada usaha kita.. kerana ibubapa adalah pendorong dan semangat kejayaan anak-anak di dunia dengan menitipkan ilmu akhirat pertama yang dicintai di benak hati anaknya, bukan ilmu dunia yang bertakhta di dasar hatinya.

Kematian beliau pada 3 November 2013 (sekiranya tak silap) sangat memberi kejutan kepada dunia termasuk sekelumit kehairanan dihati kedua ibubapanya. Menurut ayah al-marhum, beliau seperti pemuda yang lain.. masih belajar dan belum tamat lagi pengajian. Beliau tangguhkan pengajian semata-mata ingin turun ke alam realiti iaitu medan perjuangan; yang mana perjuangan menyebarkan dan menegakkan Islam yang tak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa mengisi masa lapangnya dengan program dakwah dan kebajikan. Namun, beliau berbeza dengan pemuda-pemuda Islam yang lain dari sudut:

>Beliau hafaz al-quran dan kitab risalah an-Nur (ilmu kalam).

>Ketika beliau berumur 3tahun, beliau telah baligh (ertikata sunat). Beliau cepat matang berbanding kanak-kanak lain.

>beliau fasih berbahasa turki dan English.

>Best Student

>Beliau bermimpi berjumpa dengan bidadari syurga Arab. Peristiwa ini menekadkan beliau untuk berjihad di bumi Syria dan selamat dibawah lindungan ALLAH dan hanya melalui redha ibunya sahaja tanpa pengetahuan ayahnya dan adik-beradik beliau.

>Seorang yang taat pada ALLAH dan kedua Ibu bapanya. Bayangkan sahabat2, ibunya maklumkan Ammar hanya mengatakan ‘TIDAK’ sekali sahaja pada ibunya ketika umur 16tahun. Jika dia tak suka, dia hanya senyum dan terus diam.

Allah dah menjanjikan beliau mati syahid dalam perjalanan ke majlis ilmu iaitu bedah kitab Risalah An-Nur dan beliaulah guru pengajar untuk kitab tersebut. Kitab risalah An-Nur (ana pun tak pernah baca kita ni) membuka mindanya untuk turun bersama masyarakat. Beliau satu-satunya pelajar universiti tersebut yang hafaz kitab tersebut dan berjaya syarah satu persatu setiap yang dikatakan dalam ayat-ayat kitab tersebut. Beliau orang pertamanya yang berjaya khatam dalam tempoh 8bulan.Kerana kelebihannya itu, beliau seringkali menerima jemputan ke majlis ilmu. Beliau pernah berkata pada ayahnya: Ammar dah habis belajar ayah..

Ayahnya terpinga-pinga apa yang dimaksudkan anaknya itu, sebabnya ketika itu beliau masih baru tahun kedua di universiti tersebut. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ammar adalah kitab Risalah An-Nur itu.. (^_^) Ammar sudah faham visi wawasan hidupnya yang diterapkan oleh ayahnya iaitu menerapkan wawasan Ummati (membebaskan umat Islam daripada cengkaman kuasa besar/Barat) dan hidup kita adalah untuk ALLAH, Rasulullah & Parents) di jiwanya melalui kitab tersebut. Namun, beliau tak pernah maklumkan pada parentsnya bahawa beliau telah berjaya talaqqi kitab tersebut. Hatta kisahnya bertemu bidadari syurga juga hanya dimaklumkan pada ibunya.

ALLAH jua yang telah mentakdirkannya mati dalam keadaan syahid.. sewaktu kematiannya, semua Datuk2 Bandar, orang-orang besar Turki termasuk Ulama’-ulama’ besar di Turki telah turun ke tempat kejadian dengan mengatakan tanpa ragu-ragu kepada Tuan Azam: ketahuilah, anakmu mati syahid..seorang mujahid. Ayahnya kehairanan dengan situasi dan melihat kelibat penziarah yang begitu ramai. Selepas kematiannya, barulah family Tuan Azam mengetahui hakikat sebenar: Ammar menjalankan misi dakwahnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, ditambah dengan ilmu yang dikhatamkan itu menjadi pendorong dan semangat kepada cita-citanya untuk mati syahid. Sebahagian Kisah dakwahnya hanya diketahui selepas kematiannya dan melalui rakan-rakannya. Amar dikebumikan di pengebumian para tokoh yang mahsyur di Turki (ana tak ingat namanya). Sehinggakan dimaklumkan orang luar sanggup bayar berjuta-juta hanya untuk dikebumikan di pengebumian tersebut)..

Ammar meninggal akibat dilanggar laju oleh van ambulan, hanya tulang di tangan dan badan sahaja yang retak tetapi wajah, anggota serta pakaiannya sangat kemas dan bersih. Tiada satupun yang koyak dan tiada sedikit pun titisan darah.. ianya sangat mustahil, maka hikmah dari punca kematian Ammar hanya sebagai asbab ajal mautnya. Allah lebih menyayanginya. Tuan Azam juga dikejutkan dengan keikhlasan seorang saudara islam dari negara Barat untuk mewakafkan tanah beliau dan dibuatkan masjid di atasnya serta dinamakan bersempena nama al-marhum. Takdir kematian beliau telah dirancang oleh ALLAH apabila melihat kematiannya disanjung tinggi oleh para alim ‘ulama, gol.profesion sehinggakan video al-marhum di youtube mencecah 1.3juta penonton di alam maya. Pemergian beliau sangat diredhai kedua ibu bapanya.. kerana beliau pergi kepada pemiliknya yang mutlaq dan Maha Memelihara.

Pemergian Ahmad Ammar menimbulkan kesedaran masyarakat Islam dengan umurnya yang terlalu muda diambil ALLAH iaitu 20 tahun. Tuan Azzam menerapkan kaedah mendidik anak menurut 7 formula didikan sultan Muhammad Al-Fateh: 

1) Bina wawasan ummati

2)  Berdasarkan nama (Ammar-mengajak/memerintah. Fath-membuka)

3)  Etika/adab kepada ALLAH, Rasul dan Ibubapa.

4) Memahami kandungan al-Quran (melalui kitab risalah an-Nur. Hafal dan menghayati al-Quran)

5) Solat lima waktu dan solat tahajjud (beza antara pendokong dan penyokong)

6) Pelajari ilmu strategik
 (bina jatidiri melalui sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan     Islam, turun naiknya tamadun. Pemuda lalai sebab tak pernah mengenal zaman kegemilangan   Islam dan tokoh-tokoh islam)

7) Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)


Antara yang boleh diambil sebagai ibrah:

<@ Ajal maut tidak mengenal usia

<@ Setiap orang perlu berdakwah kepada Ammar Ma’aruf. Ilmu yang sedikit bukan penghalang untuk berdakwah dan tolong masyarakat.

<@ Kepentingan meletakkan ilmu akhirat dalam wawasan hidup (risalah an-Nur)
Kata-kata Ammar yang seringkali diajukan kepada sahabat-sahabatnya:
“cepat, cepat… aku dah tak sempat ni”.


Alhamdulillah, disisi ana terdapat dua buku hasil pertemuan ke majlis ini iaitu Badiuzzaman dan Dakwah Risalan An-Nur, juga buku khas beliau iaitu Ahmad Ammar: Satu Kematian yang Hidup. Sesiapa yang berminat, boleh try contact: 03-61877020 (encik Aziz).

Wallahu’alam.
p/s: maaf sekiranya ada salah maklumat dan sebagainya.





Aku Ada Wali

Sebelum Kau Halal Untukku 

Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin

Cetusan Idea Blog

Alhamdulillah.. sekarang dah masuk ramadhan yang ke-20. ALLAH masih beri kudrat iman dan tenaga untuk melakukan amalan2 kebaikan di bulan kareem ini. First Ramadhan seronok sebab ramai sahabat2 seperjuangan yang masih stay di UKM, but semakin hari semakin ramai yang pulang ke rumah.. if ada yang tanya kepada bie:

Situasi Awal Ramdhan.
Tahun akhir erk? macammana tesis, dah siap..?
belum, tengah proceed.. {sambil tersebyum sipu}

Situasi Pertengahan Ramdhan.
Buat apa kat UKM? sekarang tengah cuti kn..
kebiasaannya kalau tahun akhir & masih stay kat UKM, jangan ditanya buat apa..
sememangnya cz of TESIS.

Situasi di Akhir-akhir penantian
Duk dengan siapa kat sini? keje kea apa..?
Sorang2 je, belum keje lagi.. masih menuntut ilmu kt UKM.

hehe.. sangat kelakar. macam-macam jawapan bie bagi. pengalaman buat tesis dan menghabiskan masa di UKM dengan memahami cik tesis sakit menyakitkan jiwa & raga. hanya yang pernah mengalami sahaja akan mengetahui, rasa nak termuntah pun ada. kena edit, kena baiki, kena tambah, kena baca berulang2 nak bg faham.. fuhh, nak termuntah. serius..! but pendapat bie, kajian ilniah ni pun bergantung pada sejauhmana kedalaman tajuk yang dikaji......DAN........ your supervisor, this really important. jika penyelia seorang yang ambil mudah, maka kajian awak pun menjadi mudah & cepat siap. BUT.. if penyelia itu seorang yang lebih carefull & telitit, each word dat u writing in essay can be determine one by one. u can't go.. u must do what she/he want for your thesis. melainkan lah ada di kalangan sahabat2 ni yang nak markah ciput..huhu.

TESIS ni banyak marakah.. 4 jam kredit. so, alang2 bie dh pulun & bertungkus-lumus {bertungkus lumus lh sgt~ baru pulun hbs pas exam final. amekkaw}i want do 4 the best. bie buat tajuk tesis tentang konflik muslim Rohingya di Myanmar. kenal or tidak tentang isu ni oun depend pada tahap keprihatinan & pembacaan shbt2. hanya yang jauhari mengenal manikam.. cewah. sekarang mood agak sedikit suram cz of bonda dah tanya bila nak balik & nenek bie dah dua hari masuk hospital akibat jatuh. sekarang nenek bernafas pun guna oksigen. Jiwa anak memang diciptakan ianya rapat dengan jiwa ibu. so, bila bonda dh call & tanya bila nak balik.. i know it dat she was miss me. me too.!

Bersyukur juga duduk di UKM ni.. sambil2 buat tesis.. banyak cedok2 ilmu yang ada di sekitarnya. kadang2 p masjid hasanah, surau an-nur & msjid UKM sendiri. betullah bak kata pepatah yang bunyinya lbh kurg macamni:
"semakin seseorang mendalami ilmu itu, semakin terasa jahil dia rasa"

sahabat2, itulah yg bie rasa sekarang. lepas tamat final exam aritu.. macam2 jiwa ni rasa. konflik teramat sangat. rasa sebelum ni tak pernah rasa dilema mcmtu sekali. fikiran sentiasa fikir: samada nk pilih kerjaya @ ilmu?? tanya lect, tye shbt2, tye bonda ayahanda, sibling.. hampir semua bie survey sblm ambil keputusan yg tepat. untill now, bie msh berada di tengah2.. berdoa, tawakal kepada ALLAH supaya tunjukkan jalan yang terbaik yang Dia redhai. kalau ada rezeki, KPTM tu takkan ke mana.. klu itu ALLAH mudahkan bg bie, tapi if sambung master dalam bidang syariah lebih lagi dipermudahkan  ALLAH, itu bermakna ALLAH nak kita rebut ilmu dgn lebih mendalam lagi sebagai persiapan kita untuk agama, diri dan masyarakat.

sepanjang pertapaan diri ini di bumi UKM lah, hatiku jatuh cinta dengan majlis2 ilmu.. sebelum ni minat gak tapi tak seagresif sekarang. kalau blh pergi sume majlis tu, semua nak pergi.. tapi tengok kudrat dan kemampuan nak ke sana juga. Blog ni sebenarnya hasil projek subjek sains dan teknologi dalam tamadun islam, sebab itu boleh ter'WUJUD'nya blog ni. buat pengetahuan sahabat2, bie memang tak suka dan rimas dengan blog semua ni. sampailah satu tahap, dengan izin ALLAH.. ALLAH nak kita pelajari ilmu IT ni..lect suruh kami buat. di situ lah bie mengenal apa itu blog & bagaimana nak aplikasikan nya.

Cetusan Idea untuk Blog Ismi Albi--------<@

idea untuk hidupkan blog ni bie dapat masa bie duk tengah dengar tazkirah subuh ustaz izhar arif.. seorang penceramah bebas gak kt tv al-hijrah. masa tengah khusyuk mendengar pengisian yang diberikan.. tiba-tiba terpikir:

...em, aku ni suka majlis ilmu.. suka bab2 agama.. tentang isu2 umat islam, bab2 fiqh. tapi macamna erk nk bg kekal kt hati dan ingatan ni supaya segala ilmu yg aku dengar ni dapat dikekalkan.? means, xmudah lupa la. anytym kte blh flashback semula tazkirah tu. nk pasang perakam, tak ada plak. eh, blog usang aku tu kan ada. kenapa tak jadikan ia sebagai tempat refresh semula ilmu2 yg kita dapat ni.

Dari situlah...
bie dapat tahu dan cara terbaik untuk hidupkan my blog ni. sebab bie tak suka blog, tak suka menaip2 sanagt ni even sebenarnya byk cakap dan pandai je berkata2 ni. tapi kurang rajin bab2 menulis ni. Semoga dengan kehadiran blog ni yg tanpa followers~ mmg sengaja, hehe. coz hanya blog ini sahaja tempat bie luahkan..tempat bie berkata2 setiap yang terdetik di hati. tak ada followers pun ok apa,, ramai lag yang nak tengik & baca. sebab benda ni kan mmg dh ad kt google. (^__^). insyALLAH, semoga bie dapat manfaatkan blog ini dengan sedikit perkongsian yang bie dapat dr luar. hakikatnya utk peringatan diri sndiri, tp ia blh jadi medium dakwah sb alat ni umum untuk dicari.

Wallahu'alam..ingat! apa2 yang kita buat, letakkan ALLAH first dalam ingatan & tindakan kita.

Biarlah cinta berputik Ikhlas kerana ALLAH

Bismillahirahmaniirahim.. Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Ya Allah.. Engkaulah cintaku yang teragung.. 
Aku hanya inginkan cintaMu Ya Allah.. Janganlah Engkau serahkan hatiku ini pada sesiapa saja selagi dia belum layak untukku.. Aku harap apabila cintaku jatuh pada seseorang, aku mahu dia juga mencintaiMu ya Allah sebagaimana aku mencintaiMu ya Allah.. Sungguh. Aku harapkan sebegitu. 

Biarkan aku meluahkan sebentar..

Aku tidak pernah memilihmu untukku..Tapi Allah yang telah memilihmu untukku..Aku tidak pernah berharap mencintaimu..Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberi cinta ini padamu..Aku tidak bermimpi untuk mendampingimu..Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu..Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu..Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harusku tanggung atasmu..Itulah aku adanya..Tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri..Kerana Sang Pemilikku yang telah menentukan harus bagaimana, memberikan rasa pada siapa, menanggung rasa yang bagaimana, aku harus berada di samping siapa dan untuk apa..

Teruskan membaca..kerana aku ingin beritahu sesuatu..



Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia . Nanti Allah kurangkan rasa cinta kita kepadanya. Jadi luahkan kepada Allah, beritahulah Allah.. kerana Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita. Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya, ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Cukup aku cintainya dalam diam. Bukan kerana membenci hadirnya..tetapi kerana ingin menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia..tetapi meraih syurga-NYA. Cukup aku cintainya dari kejauhan..kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian..kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Cukup aku cintai dengan kesederhanaan..Memupuknya hanya akan menambah penderitaan, menumbuhkan harapan hanya akan menyalakan kebahagiaan para syaitan.. 

Cintailah dengan keikhlasan, kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ? Keikhlasan Salman Al- Farisi yang berkorban demi sahabatnya bukan saja menunjukkan kepada kita bahawa cinta antara lelaki dan wanita itu indah tetapi juga cinta sepasang sahabat yang  bersahabat ikhlas kerana Allah akan membibitkan kehebatan cinta itu dalam seluruh kehidupan.. 


Jangan dikau memandang rendah hati wanita.. mudah cair dengan gurauan mesramu dan usikan manjamu.. Benar, wanita miliki hati yang rapuh dan lembut. Serapuh mana jua hati wanita itu, mereka mampu menjadi teguh dan kuat selagimana cintanya bergantung pada Allah SWT..sepertimana kisah srikandi Rabiatul Adawiyah.. Cintanya cukup hebat untuk Allah. Subhanallah.. Astaghfirullah..Allahu Akhbar!!!


Sama-samalah kita bercinta kerana Allah..

Ukhwah hingga ke Syurga.


saya bukan sahabat yang seTIA seperti "ABU BAKAR"
membenarkan segala kata2 Rasulullah..
hingga digelar "AS-SIDIQ"
saya tidak sebaik beliau..
menyembunyikan kesakitan..
hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar..

saya bukan sahabat seperti "ALI"
bicaranya penuh hikmah..
kebijaksanaannya diakui "RASULULLAH" ..
hidupnya sebagai seorang mukmin bermula saat usianya masih mentah..
hinggakan cinta "FATIMAH AZ-ZAHRA " menjadi miliknya..

saya bukan sahabat sehebat "UMAR AL-KHATTAB"
hatinya cair kerana bacaam "AL-QURAN"..
saya juga tak seberani dia..
digelar"AL-FARUQ"..
kerana ketegasannya di dalam menjaga "AGAMA"..
SEDANGKAN SAYA??????

saya bukan sahabat berperibadi hebat bak uthman..
hingga "RASULULLAH" sanggup menyerahkan dua puterinya..
kepada insan yang bergelar "ZUNURAIN"..

SAHABAT!!!!!!!
mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga..
SEDANGKAN SAYA???????
masih terkontang -kanting dalam membentuk diri..
entah bagaimana timbangan al mizan kelak..
usahlah menharapkan kesempurnaan daripada saya..
sebab diri saya tak maksum..
maafkan saya andai ada salah dan silap..

Mujahadah Nafs.















♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Cukup cintai dia dalam diam.. Bukan kerana membenci hadirnya.. Tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia.. Tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.. Cukup cintai dia dari kejauhan.. Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.. Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.. Maka cintailah dia dengan keikhlasan..

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..? Insya Allah.. Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK.. '..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' ~Surah Al Baqarah : Ayat 216~ Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan.. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.. 

'Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.' ~Umar Bin Khattab r.a~ ::satu cerita utk dikongsi..:: Penah terdengar kisah Fatimah Az Zahra menceritakan sesuatu kpd Saidina Ali? Kisah Fatimah dan Saidina Ali. Usai mereka bernikah.. Fatimah ada mengatakan kepada suaminya ( Saidina Ali ).. "Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki.. dan adinda ingin sentiasa bersamanya.." Maka jawab Saidina Ali: "Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?" Maka jawab Fatimah: "Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.." Nampak tak.. Contoh yg amat cantik sekali.. Fatimah yg jatuh hati kepada Saidina Ali.. Tidak pernah meluahkan cintanya.. Namun.. dia memendamkannya.. erhmm.. Maka tidak salah bukan.., untuk mencintai seseorng itu.. 

Biarlah hanya sekadar dalam diam.. Biarlah hanya dari kejauhan... Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya... Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu.. Bagi ana.. mencintai dlam diam ini kadang2 menyakitkan.. tp..apa salahnya berkorban untuk agama kan? manatahu.. Allah akan memakbulkan doa kita agar kita bersama2 dgn yg kita cintai itu.. Kan itu lebih diberkati oleh Allah.. Permulaan hubungan kerana Allah Taala.. dan pengakhiran juga kerana Allah Taala.. iaitu nikah... ngee.. >_~.. Sesungguhnya.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya selagi kita beriman dan mematuhi segala perintah Allah.. Takdir Allah adalah rahsia.. Tiada siapa yang tahu.. 

Yang penting kita berusaha memantapkan ilmu, iman dan taqwa kita kpd Allah.. Smoga ana dan anda menemukan pedamping hidup yg terbaik dan mententeramkan jiwa anda.. >_< ❤(。-‿◕。). ♥♥.•*´¨`*•. .♥♥ Amin Ya Rabb. ♥♥`*•.¸¸.•* *♥♥


Jagakan 'Dia' untukku, ya ALLAH.

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah  juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Untuk Awak...

Sekiranya anda menemukan si 'dia' yang terlalu ambil berat akan anda dan tak pernah berhenti mengekori anda.. Pegang lah kuat hatinya..kerana perempuan itu sangat Setia

Lelaki yg betul betul ikhlas cintakan kamu takkan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kamu melainkan Dia akan melindungi kamu.

Berilah sesuatu kepada seseorang , dengan ikhlas .. bila kita ikhlas kita dapat rase ketenangan yang hadir itu sebagai tanda Allah sangat menyintai kita dengan kebaikan yang kita buat . Untuk mendapatkan keikhlasan dalam hati , kita mestilah memberi dengan niat kerana Allah. 

Sesekali kita akan rindu dengan kenangan lalu. Mungkin itu adalah Kenangan yang terindah atau pahit dalam Kehidupan kita. Ada Suka, Duka, Tangis, Tawa, Indah, Pahit dan segalanya.

Keliru memilih cintamu?

Berdoalah:
"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun.Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya." 

Kalau rindukan seseorang wktu malam. Baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia merasai rindu kita padanya dan kita terasa dekat dengannya walaupun hakikatnya berjauhan :")


Jadilah wanita,seindah namamu... Jodohmu adalah cermin dirimu sendri. Bilaingin mendapatkan yang baik.. Jadikan dirimubaik. Bila ingin mendapatkan yang Soleh.. Jadikan dirimu Solehah. Bila inginmendapatkan imam yg baik.. Jadilah makmumyang baik pula. Jangan terlalu sibuk menuntut.. Tapi jadilah apa yang kau tuntut.  

Ya Allah,
 Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini,
untuk terus berzikir menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CintaMU..

Ameen ya Rabbal Alamin.. 


P/s : Indahnya Anugerah Allah bagi kita rasai semua nikmat tu. Setiap kejadian tu pula pasti ada hikmah tersendiri. Hebatnya Kasih Sayang Allah pada kita semua.




Jazakallah..(^___^)



“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.


Terima kasih tidak terhingga pada sahabat-sahabat ana yang bertungkus lumus membantu ana dalam menyiapkan tugasan subjek sains teknolog dalam tamadun Islam. Jazakallahu khair kathir.. (^____^)


POSTER PROPOSAL



Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…