Yakin Dengan Allah.. Selamanya Tidak Akan Rugi.


Sekejap sahaja masa berlalu. Hampir 3 tahun master ana di UKM makin pergi begitu sahaja. 3 tahun.. macam-macam pengalaman berlaku. Erm, Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Prinsip GOT tak dapat ‘grab’.. RA yang bermasalah, bertukar-tukar tajuk sampai ada 2 3 penyelia secara tak langsung. Bila duduk bersendirian:

Tanya pada diri, what happened ur master qolbi??

Awak dah berusaha bersungguh-sungguh di awal semestar 2, awak yakin awak boleh GOT. But.. (mengeluh)

2014, 2015 and Now, 2016.. im still not finish yet my master. :’(
(Tula.. jangan confident sangat)

Ingat balik betapa bersungguhnya ana nak tukar kos, alhamdulillah.. Allah berikan. Ingat balik bila takde duit langsung nak sambung master.. sanggup kerja gaji SPM kat tadika semata-mata nak belajar. Alhamdulillah.. Allah beri juga.

Bila fikir balik tujuan belajar, apa niat aku pada ALLAH??

Qolbi, ko belajar ambil master sebab ko nak tahu apa yang Allah suka dan Allah tak suka. Kalau ko benar-benar nak cintakan Allah, ko kena belajar syariah. Ya Allah.. perasaan CINTA ni, Dikau juga telah berikan pada ku.!!

{SENTAP SENDIRIAN}

Tiada perasaan yang terindah melainkan hati merasakan indah dan berbunga-bunga bila mengingatimu. Perasaan cinta ini yang melahirkan rasa rindu teramat sangat pada Sang Rabbi, ada kala membuatkan daku tertanya-tanya.

Ya Allah, perasaan apakah ini.. daku tidak pernah merasakan rindu sedemikian.. sehinggakan bila memikirkan Sang Rabbi, air mata ini berjurai teresak-esak. Sempit rasa dada ni kerana rindukan Mu ya Allah. Aku bukanlah insan yang bertaqwa di sisi Mu dan anugerah perasaan yang terhebat dikau berikan padaku, cukup membuatkan rasa diri ini hina + malu + kerdil.

UJIAN MASTER + DISERTASI.. kenapa perlu mengeluh??

Ana pasakkan dalam hati, tekadkan keazaman dan panjangkan tindakan.

“Ana akan habiskan master ni dan tidak akan berhenti sehingga Allah menakdirkan untukku dapat siapkan master ni dan konvo seperti kawan-kawanku yang lain. Aku harus kuat kerana Allah biarpun sampai ke hujung nyawa aku.. aku akan bertemu dengan Allah dalam keadaan aku menuntut ilmu-Nya untuk lebih mendekatinya” {air mata bergenang2.. takde habuk pun.}

Biar apa orang nak kata, ana akan terus melangkah.. sebab tujuan ana ialah untuk mendekati-Nya.. ALLAH S.W.T. Biarpun tiada dana nak teruskan pengajian, daku yakin…rezeki Allah itu luas. Allah itu Maha Pengasih, Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi hamba-hamba-Nya.

Ana akan terus bersangka baik dengan Allah..

Daku redha segala ujian dari Allah sehinggalah Dia redha atas diriku.

Ya Allah.. andai kata nyawa menjemputku sebelum tamat pengajianku, Dikau terimalah amal ku dalam menuntut ilmu-Mu ya Allah.


_ Nota si fakir ilmi @ptsl UKM_

0 comments:

Post a Comment