Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Untuk Awak...
Sekiranya anda menemukan si 'dia' yang terlalu ambil berat akan anda dan tak pernah berhenti mengekori anda.. Pegang lah kuat hatinya..kerana perempuan itu sangat Setia
Lelaki yg betul betul ikhlas cintakan kamu takkan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kamu melainkan Dia akan melindungi kamu.
Berilah sesuatu kepada seseorang , dengan ikhlas .. bila kita ikhlas kita dapat rase ketenangan yang hadir itu sebagai tanda Allah sangat menyintai kita dengan kebaikan yang kita buat . Untuk mendapatkan keikhlasan dalam hati , kita mestilah memberi dengan niat kerana Allah.
Sesekali kita akan rindu dengan kenangan lalu. Mungkin itu adalah Kenangan yang terindah atau pahit dalam Kehidupan kita. Ada Suka, Duka, Tangis, Tawa, Indah, Pahit dan segalanya.
Keliru memilih cintamu?
Berdoalah:
"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun.Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."
Kalau rindukan seseorang wktu malam. Baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia merasai rindu kita padanya dan kita terasa dekat dengannya walaupun hakikatnya berjauhan :")
Jadilah wanita,seindah namamu... Jodohmu adalah cermin dirimu sendri. Bilaingin mendapatkan yang baik.. Jadikan dirimubaik. Bila ingin mendapatkan yang Soleh.. Jadikan dirimu Solehah. Bila inginmendapatkan imam yg baik.. Jadilah makmumyang baik pula. Jangan terlalu sibuk menuntut.. Tapi jadilah apa yang kau tuntut.
Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini,
untuk terus berzikir menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CintaMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..
P/s : Indahnya Anugerah Allah bagi kita rasai semua nikmat tu. Setiap kejadian tu pula pasti ada hikmah tersendiri. Hebatnya Kasih Sayang Allah pada kita semua.
0 comments:
Post a Comment