Letakkan ALLAH first di Hatimu


Syria adalah penentu kejayaan umat islam

Syria adalah penentu kejayaan umat islam

Memoir al-Marhum Ahmad Ammar: Pencinta buat si Da'ie

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dipanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah mengizinkan hamba yang si fakir ilmi ini untuk hadir bersama-sama sahabat lain ke majlis “Memoir Cinta Ammar: Pedoman Buat Murabbi”. Siapa yang tidak mengenal al-marhum Ahmad Ammar.. kisahnya yang telah mencetuskan kesedaran umat Islam di serata dunia sehingga dikatakan riwayat hidupnya diketahui ke negara Barat. SubhanALLAH.. Al-marhum pergi dengan meninggalkan sesuatu ‘khazanah’ berharga buat ummah terutamanya dalam kalangan pemuda-pemudi Islam untuk terus berdakwah dan membantu saudara-saudara Islam yang berada dalam kesusahan.

Beliau hanya insan biasa yang juga seorang pelajar di universiti Ankara dan maktab tentera di Turki. Benarlah pepatah yang mengatakan: Anak yang lahir dari ibu bapa yang hebat dari sudut didikannya. Tapi tidak semestinya ibu bapa yang kurang hebat, tidak mampu melahirkan generasi kelahirannya yang hebat-hebat. Semuanya terletak pada usaha kita.. kerana ibubapa adalah pendorong dan semangat kejayaan anak-anak di dunia dengan menitipkan ilmu akhirat pertama yang dicintai di benak hati anaknya, bukan ilmu dunia yang bertakhta di dasar hatinya.

Kematian beliau pada 3 November 2013 (sekiranya tak silap) sangat memberi kejutan kepada dunia termasuk sekelumit kehairanan dihati kedua ibubapanya. Menurut ayah al-marhum, beliau seperti pemuda yang lain.. masih belajar dan belum tamat lagi pengajian. Beliau tangguhkan pengajian semata-mata ingin turun ke alam realiti iaitu medan perjuangan; yang mana perjuangan menyebarkan dan menegakkan Islam yang tak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa mengisi masa lapangnya dengan program dakwah dan kebajikan. Namun, beliau berbeza dengan pemuda-pemuda Islam yang lain dari sudut:

>Beliau hafaz al-quran dan kitab risalah an-Nur (ilmu kalam).

>Ketika beliau berumur 3tahun, beliau telah baligh (ertikata sunat). Beliau cepat matang berbanding kanak-kanak lain.

>beliau fasih berbahasa turki dan English.

>Best Student

>Beliau bermimpi berjumpa dengan bidadari syurga Arab. Peristiwa ini menekadkan beliau untuk berjihad di bumi Syria dan selamat dibawah lindungan ALLAH dan hanya melalui redha ibunya sahaja tanpa pengetahuan ayahnya dan adik-beradik beliau.

>Seorang yang taat pada ALLAH dan kedua Ibu bapanya. Bayangkan sahabat2, ibunya maklumkan Ammar hanya mengatakan ‘TIDAK’ sekali sahaja pada ibunya ketika umur 16tahun. Jika dia tak suka, dia hanya senyum dan terus diam.

Allah dah menjanjikan beliau mati syahid dalam perjalanan ke majlis ilmu iaitu bedah kitab Risalah An-Nur dan beliaulah guru pengajar untuk kitab tersebut. Kitab risalah An-Nur (ana pun tak pernah baca kita ni) membuka mindanya untuk turun bersama masyarakat. Beliau satu-satunya pelajar universiti tersebut yang hafaz kitab tersebut dan berjaya syarah satu persatu setiap yang dikatakan dalam ayat-ayat kitab tersebut. Beliau orang pertamanya yang berjaya khatam dalam tempoh 8bulan.Kerana kelebihannya itu, beliau seringkali menerima jemputan ke majlis ilmu. Beliau pernah berkata pada ayahnya: Ammar dah habis belajar ayah..

Ayahnya terpinga-pinga apa yang dimaksudkan anaknya itu, sebabnya ketika itu beliau masih baru tahun kedua di universiti tersebut. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ammar adalah kitab Risalah An-Nur itu.. (^_^) Ammar sudah faham visi wawasan hidupnya yang diterapkan oleh ayahnya iaitu menerapkan wawasan Ummati (membebaskan umat Islam daripada cengkaman kuasa besar/Barat) dan hidup kita adalah untuk ALLAH, Rasulullah & Parents) di jiwanya melalui kitab tersebut. Namun, beliau tak pernah maklumkan pada parentsnya bahawa beliau telah berjaya talaqqi kitab tersebut. Hatta kisahnya bertemu bidadari syurga juga hanya dimaklumkan pada ibunya.

ALLAH jua yang telah mentakdirkannya mati dalam keadaan syahid.. sewaktu kematiannya, semua Datuk2 Bandar, orang-orang besar Turki termasuk Ulama’-ulama’ besar di Turki telah turun ke tempat kejadian dengan mengatakan tanpa ragu-ragu kepada Tuan Azam: ketahuilah, anakmu mati syahid..seorang mujahid. Ayahnya kehairanan dengan situasi dan melihat kelibat penziarah yang begitu ramai. Selepas kematiannya, barulah family Tuan Azam mengetahui hakikat sebenar: Ammar menjalankan misi dakwahnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, ditambah dengan ilmu yang dikhatamkan itu menjadi pendorong dan semangat kepada cita-citanya untuk mati syahid. Sebahagian Kisah dakwahnya hanya diketahui selepas kematiannya dan melalui rakan-rakannya. Amar dikebumikan di pengebumian para tokoh yang mahsyur di Turki (ana tak ingat namanya). Sehinggakan dimaklumkan orang luar sanggup bayar berjuta-juta hanya untuk dikebumikan di pengebumian tersebut)..

Ammar meninggal akibat dilanggar laju oleh van ambulan, hanya tulang di tangan dan badan sahaja yang retak tetapi wajah, anggota serta pakaiannya sangat kemas dan bersih. Tiada satupun yang koyak dan tiada sedikit pun titisan darah.. ianya sangat mustahil, maka hikmah dari punca kematian Ammar hanya sebagai asbab ajal mautnya. Allah lebih menyayanginya. Tuan Azam juga dikejutkan dengan keikhlasan seorang saudara islam dari negara Barat untuk mewakafkan tanah beliau dan dibuatkan masjid di atasnya serta dinamakan bersempena nama al-marhum. Takdir kematian beliau telah dirancang oleh ALLAH apabila melihat kematiannya disanjung tinggi oleh para alim ‘ulama, gol.profesion sehinggakan video al-marhum di youtube mencecah 1.3juta penonton di alam maya. Pemergian beliau sangat diredhai kedua ibu bapanya.. kerana beliau pergi kepada pemiliknya yang mutlaq dan Maha Memelihara.

Pemergian Ahmad Ammar menimbulkan kesedaran masyarakat Islam dengan umurnya yang terlalu muda diambil ALLAH iaitu 20 tahun. Tuan Azzam menerapkan kaedah mendidik anak menurut 7 formula didikan sultan Muhammad Al-Fateh: 

1) Bina wawasan ummati

2)  Berdasarkan nama (Ammar-mengajak/memerintah. Fath-membuka)

3)  Etika/adab kepada ALLAH, Rasul dan Ibubapa.

4) Memahami kandungan al-Quran (melalui kitab risalah an-Nur. Hafal dan menghayati al-Quran)

5) Solat lima waktu dan solat tahajjud (beza antara pendokong dan penyokong)

6) Pelajari ilmu strategik
 (bina jatidiri melalui sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan     Islam, turun naiknya tamadun. Pemuda lalai sebab tak pernah mengenal zaman kegemilangan   Islam dan tokoh-tokoh islam)

7) Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)


Antara yang boleh diambil sebagai ibrah:

<@ Ajal maut tidak mengenal usia

<@ Setiap orang perlu berdakwah kepada Ammar Ma’aruf. Ilmu yang sedikit bukan penghalang untuk berdakwah dan tolong masyarakat.

<@ Kepentingan meletakkan ilmu akhirat dalam wawasan hidup (risalah an-Nur)
Kata-kata Ammar yang seringkali diajukan kepada sahabat-sahabatnya:
“cepat, cepat… aku dah tak sempat ni”.


Alhamdulillah, disisi ana terdapat dua buku hasil pertemuan ke majlis ini iaitu Badiuzzaman dan Dakwah Risalan An-Nur, juga buku khas beliau iaitu Ahmad Ammar: Satu Kematian yang Hidup. Sesiapa yang berminat, boleh try contact: 03-61877020 (encik Aziz).

Wallahu’alam.
p/s: maaf sekiranya ada salah maklumat dan sebagainya.





Pesanan Dato' Tuan Ibrrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Janganlah emgkau mencari mengantuk, biarlah mengantuk yang mencarimu. Engkau tidak perlu menghabiskan masamu dengan cuba memejamkan matamu sedangkan matamu belum mengantuk. Isilah masa itu dengan sesuatu amalan yang berguna bagimu di akhirat atau duniamu. Janganlah berlalu masa itu dengan sesuatu yang kosong.

Wahai anakku,
Andainya kamu belum betul- betul mengantuk, lalu kamu cuba memejamkan matamu sehingga ada di kalanganmu menghabiskan masa berjam- jam lama semata- mata mencari tidur. Engkau cuba melawan matamu yang tidak mahu tidur, sehingga terkadang ia memudaratkan badanmu. Hilang selera makan, lemah semangat diri, sehingga kurus badanya kerana tidak boleh tidur malam. Alangkah baik kalau ia tidak lawan perasaan tersebut. Sebaliknya isilah masa itu dengan solat sunat, membaca Quran atau zikrullah, membaca buku atau buatlah apa sahaja yang bermanfaat untuk kehidupan akhirat. 

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W Mafhumnya " Dua nikmat yang melekakan manusia, iaitu badan yang sihat dan masa yang lapang". Manusia tidak merasai nikmat badan yang sihat, melainkan bila sakit. Demikian juga masa yang lapang tidak akan dirasai nikmat melainkan bilamana ia sibuk dengan pelbagai tugasan. 

Wahai anakku,
Gunalah masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat bagimu. Jangan ia berlalu tanpa diisi dengan amalan yang sangat berharga bagimu di akhirat nanti. 

Aku Ada Wali

Sebelum Kau Halal Untukku 

Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin