Sekejap sahaja masa berlalu. Hampir
3 tahun master ana di UKM makin pergi begitu sahaja. 3 tahun.. macam-macam
pengalaman berlaku. Erm, Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Prinsip GOT tak
dapat ‘grab’.. RA yang bermasalah, bertukar-tukar tajuk sampai ada 2 3 penyelia
secara tak langsung. Bila duduk bersendirian:
Tanya pada diri, what happened ur
master qolbi??
Awak dah berusaha
bersungguh-sungguh di awal semestar 2, awak yakin awak boleh GOT. But..
(mengeluh)
2014, 2015 and Now, 2016.. im
still not finish yet my master. :’(
(Tula.. jangan confident sangat)
Ingat balik betapa bersungguhnya
ana nak tukar kos, alhamdulillah.. Allah berikan. Ingat balik bila takde duit
langsung nak sambung master.. sanggup kerja gaji SPM kat tadika semata-mata nak
belajar. Alhamdulillah.. Allah beri juga.
Bila fikir balik tujuan belajar,
apa niat aku pada ALLAH??
Qolbi, ko belajar ambil master
sebab ko nak tahu apa yang Allah suka dan Allah tak suka. Kalau ko benar-benar
nak cintakan Allah, ko kena belajar syariah. Ya Allah.. perasaan CINTA ni,
Dikau juga telah berikan pada ku.!!
{SENTAP SENDIRIAN}
Tiada perasaan yang terindah
melainkan hati merasakan indah dan berbunga-bunga bila mengingatimu. Perasaan
cinta ini yang melahirkan rasa rindu teramat sangat pada Sang Rabbi, ada kala membuatkan
daku tertanya-tanya.
Ya Allah, perasaan apakah ini..
daku tidak pernah merasakan rindu sedemikian.. sehinggakan bila memikirkan Sang
Rabbi, air mata ini berjurai teresak-esak. Sempit rasa dada ni kerana rindukan
Mu ya Allah. Aku bukanlah insan yang bertaqwa di sisi Mu dan anugerah perasaan
yang terhebat dikau berikan padaku, cukup membuatkan rasa diri ini hina + malu
+ kerdil.
UJIAN MASTER + DISERTASI.. kenapa
perlu mengeluh??
Ana pasakkan dalam hati, tekadkan
keazaman dan panjangkan tindakan.
“Ana akan habiskan master ni dan
tidak akan berhenti sehingga Allah menakdirkan untukku dapat siapkan master ni
dan konvo seperti kawan-kawanku yang lain. Aku harus kuat kerana Allah biarpun
sampai ke hujung nyawa aku.. aku akan bertemu dengan Allah dalam keadaan aku menuntut
ilmu-Nya untuk lebih mendekatinya” {air mata bergenang2.. takde habuk pun.}
Biar apa orang nak kata, ana akan
terus melangkah.. sebab tujuan ana ialah untuk mendekati-Nya.. ALLAH S.W.T.
Biarpun tiada dana nak teruskan pengajian, daku yakin…rezeki Allah itu luas.
Allah itu Maha Pengasih, Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi hamba-hamba-Nya.
Ana akan terus bersangka baik
dengan Allah..
Daku redha segala ujian dari
Allah sehinggalah Dia redha atas diriku.
Ya Allah.. andai kata nyawa menjemputku
sebelum tamat pengajianku, Dikau terimalah amal ku dalam menuntut ilmu-Mu ya
Allah.
_ Nota si fakir ilmi @ptsl UKM_