Artikel jurnal ini membincangkan tentang sorang tokoh seni bina Islam pada zaman pemerintahan Dawlah Uthmaniyyah iaitu Sinan. beliau adalah Chief Imperial Architect Dawlah Uthmaniyyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan; sultan Sulayman al-Qanuni, Salim II (1566-1574M) dan Murad III (1574-1595). Beliau dikenali atau digelar sebagai Qujah Mi'mar Sinan (Sinan, The Grand Old Master Architect) dan digelar Micheal Angelo of the Turks oleh pihak Barat.
Nama sebenar beliau ialah Sinanuddin Yusuf bin Abdullah. Beliau telah dilahirkan di kampung Agirnes, berdekatan dengan Qaysariyyah di Anatolia pada 15 April 1489. Ibu bapanya berketurunan Yunani Kristian atau Armenia. beliau merupakan seorang tukang kayu atau bina. Sinan juga mempunyai anak murid sendiri seperti Daud Aga, Ahmad Aga, Kamal al-Din, Yatim Baba Ali dan Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1578 ketika usianya hampir 100 tahun.
Pendidikan terawal Sinan adalah menerusi penyertaannya dalam The School of The Acemi Oglanlar (kadet) di Istanbul, kemudian berkhidmat sebagai jurutera tentera janissary dalam ekspedisi Belgrade (1521M) dan ekspedisi Rhodes (1522M). Melalui keberanian yang ditonjolkan dalam kedua ekspedisi ini, beliau dianugerahkan jawatan sebagai zenberekdji bashi (chief firework-operator) atau ketua operasi kejuruteraan. Antara peperangan atau ekspedisi ketenteraan lain yang disertai beliau ialah Mohacs (1526M), Jerman (1529M), Baghdad dan Basrah (1534M).
Sepanjang penglibatan beliau dalam seni bina Islam, sebanyak 477 buah monumen telah dibina di seluruh empayar Uthmaniyah. 336 buah monumen dibina di Istanbul dan kawasan sekitarnya. 141 buah monumen bertaburan di seluruh pelosok empayar termasuklan Greece, Bulgaria, Hungary, Makkah, Madinah, Jerusalem, Damsyiq, Aleppo, Basrah dan Baghdad.
Monumen-monumen tersebut dibine berdasarkan kategori-kategori seperti berikut:
- masjid jami' (cami)
- masjid (mescit)
- sekolah (medrese)
- kolej menengah dan rendah
- ma'ahad tahfiz (darul qura)
- istana (saray)
- makam dan batu nisan; kawasan perkuburan sultan (turbe, kumbed)
- hospital (dar us-syifa', timarhane)
- saluran air (sukemeri)
- jambatan (koprii)
- restoran (imaret)
- gudang (han)
- rumah rehat (caravanserais, tabhane)
- tempat permandian awam (hammam)
Binaan pertama yang didirikan Sinan ialah pembinaan jambatan untuk Coban Mustafa Pasha (1528-1529M) di Svilengrad, Bulgaria. Masjid pertama yang dibina beliau ialah Uc Baz Mescit (1530-1531M) di Istanbul. Menurut O'Kane, terdapat tiga projek mega Sinan iaitu masjid sehzade; diklasifikasikan sebagai hasil kerja seorang perantis. Kedua ialah masjid Suleyman; hasil unik seorang penjelajah yang mencapai tahap kematangan. Ketiga, masjid Selimiye; hasil seni bina agung oleh seorang arkitek genius. Sinan sememangnya mempunyai kepakaran dalam konsep the Organisation of space and dome construction.
General view of the interior, filled with light |
The breathtaking interior of Suleiman Mosque |
Exterior view of Suleimaniye Mosque |
MASJID SEHZADE
MASJID SELIMIYE
Kesimpulannya, seni bina Uthmaniyyah mencapai tahap kematanganya apabila Sinan berjaya membina monumen 'empayar' yang dianggap sebagai masterpiecenya yang terakhir iaitu masjid Selimiye. Ramai arkitek Uthmaniyyah selepasnya mengadaptasi gaya Sinan dalam rekaan monumen mereka. Ketokohan Sinan terserlah melalui kemampuannya menyiapkan keseluruhan projek monumen dawlah dalam masa yang begitu singkat.
3 comments:
terima kasih sebab banyak membantu saya dalam menyiapkan assigment . hanya Allah yang membalasnya ,, assalamualaikum
sama-sama.. =)
Terima kasih
Post a Comment