Artikel ini dikarang oleh Enis ULUCAM MD dari fakulti perubatan, Universiti Trakya. Artikel tersebut membincangkan ilmu perubatan anatomi yang dilaksanakan di Turki. Bagaimana pembentukan pendidikan ilmu urai tubuh (anatomi) Turki daripada penubuhan sekolah perubatan moden yang pertama sehingga ke hari ini.
Pendidikan anatomi jelas bermula sebagaimana pengkhususannya yang jelas yang terdapat di " Tibhane-i ve Cerrahhane-i Amire. Sebuah sekolah perubatan pertama yang ditubuhkan oleh Sultan Mahmut II pada 14haribulan Mac tahun 1827.
Secara rawaknya, pendidikan perubatan anatomi dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
1) Tempoh pra-diseksi (pembedahan) tahun 1827-1841.
Pada tempoh ini, pendidikan anatomi diberi secara teori. Dasar undang-undang anatomi kecuali tulang dijadikan sebagai carta dan model.
2) Tempoh bukan perubatan mayat (1841-1908).
Selepas Sultan Abdul Mejid dilantik sebagai kuasa pemerintah, beliau membenarkan membuat pembedahan dengan tujuan pendidikan; pengaplikasian secara praktik terhadap mayat bermula. Mayat-mayat hamba dan orang tawanan dijadikan sebagai bahan kajian pembedahan. Pembedahan dibuat sehingga mayat tersebut mula mereput. Atas sebab ini, teori pendidikan anatomi diberikan dengan skala yang besar sekali lagi.
3) Tempoh perubatan mayat (1908-2003).
Penggunaan kaedah bahan-bahan kimia digunakan dan diberi dalam pendidikan anatomi, melalui pembuluh darah. Mayat mula digunakan pada mulanya untuk tempoh masa yang lama tanpa berlakunya pereputan dalam tempoh ini. Maka, skala mempraktikkan pendidikan anatomi ini semakin meningkat. Selepas tahun 1945, pendidikan anatomi telah dibuktikan dengan kuantiti pembangunannya yang sangat cepat. Kini, 41 jabatan anatomi meneruskan aktiviti sedemikian.
Kesimpulannya, pendidikan anatomi menunjukkan kuantiti pembangunan yang sangat deras dengan penubuhan fakulti perubatan, Universiti Ankara pada tahun 1945. Fakulti perubatan di Universiti Ege telah ditubuhkan sebagai fakulti ketiga di Izmir. Hari ini, terdapat 41 jabatan anatomi yang menjalankan dan menyambung aktiviti tersebut di Turki. Bilangan tenaga pengajar dan pensyarah dalam jabatan ini juga meningkat secara beransur-ansur oleh masa.
0 comments:
Post a Comment