*IjLiS BiNa, Nu'Min Sa'aH*


Sumbangan tamadun Islam kepada perkembangan umat manusia semenjak kelahirannya hingga hari ini, tiada siapa yang dapat mempertikaikannya. Islam telahmeletakkan batu asas perkembangan dan pencapaian tamadun manusia yang palingserasi dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia iaitu gabungan di antara unsur kerohanian dan kejasmanian.

 Asas pembentukan tamadun Islam iaitu wahyudaripada Allah bertanggungjawab menjadikan tamadun Islam itu paling unggul dansempurna yang memberikan kebahagiaan, keamanan, kesejahteraan dankemakmuran kepada manusia sejagat.-Segala pencapaian manusia di dalam bidang sains, perubatan, pelayaran, geografi,senibina, seni halus dan sebagainya semuanya menjadikan akidah, syariah danakhlak sebagai asas pembentukannya.

Oleh kerana penggubal asas-asas tamadunIslam itu ialah Allah s.w.t maka sudah sewajarnya maka undang-undang ciptaanyadalam pembentukan tamadun itu begitu sempurna.-Islam yang dibangkitkan adalah bersifat universal untuk semua manusia di dunia.Pengaruhnya itu tetap terus berkekalan sejak dahulu hingga hari ini. Tamadun Islam bertanggungjaab menjadikan kebanyakan bangsa di dunia ini sebagai bangsa- bangsa bertamadun. Sedangkan sebelum itu mereka boleh dikelaskan di dalamkumpulan orang-orang liar.

Islam telah mengubah bangsa-bangsa yag satu masadahulu buta huruf menjadi bangsa-bangsa yang berilmu pengetahuan dan bertamadun seperti di kalangan masyarakat Islam di Nusantara. Di Eropah secarakhusus, Islam telah meletakkan batu asas perkembangan sains dan teknologi. sehingga menjadikan mereka sebagai bangsa yang bertamadun dari segi kebendaansejak abad ke-17 hingga hari ini.-Kesan tamadun Islam masih lagi terdapat di seluruh dunia.

Di antara kesan yangterpenting ialah bangunan-bangunan yang mengabdikan seni bina Islam yang tidak ada tolok bandingannyadi dunia ini. Contoh yang paling dekat ialah bangunanmasjid di seluruh Negara Islam. Ketinggian Taj Mahal di India dari segi mutu seni bina tiada seorang pakar yang berani menandinginya. Menjelang abad ke -20m atau15 H tamadun Islam menyinar kembali dengan tercetusnya kebangkitan dankesedaran Islam di seluruh dunia ini.

Rata-rata masyarakat Islam begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk kembali menghayati Islam di dalam segala bidangkehidupan mereka. Dari system pendidikan sampailah kepada bidang- bidang lainseperti ekonomi dan sebagainya, setakat ini telah menampakkan tanda-tandakegemilangan tamadun Islam pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment