Perjuangan dan pengorbanan merupakan dua kalam yang tak dapat dipisahkan dalam jiwa seorang dai'e haraki. Masakan ada perjuangan, andai tiada pengorbanan.. lahirnya perjuangan adalah kerana wujudnya pengorbanan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Daku hanya seorang Amilat billah, cukup hanya aku dengan Allah berbicara tentang 'Amanah ku terhadap-Nya'. Meskipun daku hanya amilat di mata-Nya, namun salahkah daku bergerak sepantas panglima perang, mengibarkan kalimah laa ilaa ha illallah~.. Allah, aku mencari redha-Mu. Bukanlah ku pinta pahala dan ganjaran syurga di sisimu melainkan hanya ingin diri yang hina ini sudi dipandang oleh-Mu.
Hamba ini yang sentiasa melakukan dosa. Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita untuk menjadi hamba yang bersyukur, salahkah daku mendidik diri agar sentiasa menjadi hamba yang selalu memohon keampunan kepada-Mu.. salahkah aku mendidik hati agar merasai sifat kehambaan ini melebihi sifat takutnya saidina Abu Bakar as-Siddiq kepada Allah, sehingga berbekas kelopak linangan air matanya akibat sering menangis kerana Allah. Jadi, siapa kita nak bongkak dan sombong dengan berpaling dari perjuangan islam ini?? Terus berhujah, mengkritik mereka yang telah banyak berkorban untuk Islam..sedangkan kita hanya mampu melihat dan terus berfalsafah dengan pendirian kita.
Seorang pejuang haraki bukan seorang penyokong tapi pendokong. Kehadirannya dinilai meskipun tiada manusia memandang. Ketepikan sikap egoismu dan sakitmu dalam perjuangan ini andai dikau benar-benar ikhlas untuk membantu agama Allah. Kurangkan berbicara pada perkara yang tidak pernah kamu lakukan dan sumbang untuk Islam tapi pertingkatkan amal jamaie dan amal ijtima'ie dalam setiap lingkungan dan peringkat. Bersikap dan berakhlak lah sesuai dengan ilmu yang dimiliki. Takkan ada perjuangan melainkan diri kita berkorban sesuatu yang kita sayangi hanya untuk membantu Islam.
Teringat kata-kata seorang sahabat: "Jangan berkorban sampai diri terkorban". Tetapi indahnya Islam, dia mengajarkan kita di sebaliknya. Syeikh Abdul Kadir al-Jofree dalam slot IKIM menjelaskan:
"Berkorban dan Terkorban. Bilamana kita berkorban untuk kepentingan Islam nak tak nak kita mesti korbankan kepentingan diri kita. Sekiranya masih tiada lagi sifat menolak kepentingan diri sendiri, maka tidak wujudlah pengorbanan dalam perjuangan."
indahnya lagi undang-undang Allah ini, Allah menyediakan fiqh awlawiyyat untuk para pejuang membahagikan masa dan tenaga secara efisyen agar kepentingan diri dan orang ramai dapat dipenuhi. Kita berkorban kerana adanya amanah dan kefahaman tentang pergerakan Islam. Allah berfirman dalam surah at-taubah, ayat 38: bermaksud:
"wahai orang-orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit"
Allah menambahkan lagi golongan munafik dalam ayat 87 seterusnya:
"Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak pergi berperang, dan hati mereka telah tertutup, sehingga mereka tidak memahami (kebahagiaan beriman dan berjihad)"
Bahkan Allah memuji orang-orang mukmin yang berjuang untuk kepentingan Islam dengan di perumpamakan perjuangan itu sebagai jualbeli terhebat di sisi Allah. Mafhum ayat 111, Allah berfirman bahawa:
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
bersambung...
0 comments:
Post a Comment