Matlamat Gen-Q


Jiwa seorang hamba Ilahi, pasti layu sekiranya hati melebihkan manusia lain atau benda lain daripada Allah Ta’ala sendiri. Musim bunga, semua ingin mencari berteman.. musim bola, semua mencari pasukan kegemaran, musim ramadhan mungkin agak payah hamba-hamba ini bermuhasabah mengenainya. Ya Allah, Alhamdulillah.. Dikau panjangkan umurku untuk menikmati ramadhan kali ke-24. Allah, usia…?? Lamanya daku hidup. SubhanALLAH, sayangnya Daku padaku. Walaupun diri banyak kesalahan dan dosa tapi Allah massih panjangkan umur kita untuk terus beri peluang kepada kita, kembali kepada-Nya. Wahai hati, apa yang dikau cari di dunia..? kerjaya… harta benda… keturunan.. kemewahan..?? adakah semua ini dapat menjamin dirimu masuk ke syurga Allah.??

[Detus hati: jawablah dengan ikhlas]

Daku tak pinta kemewahan berlebihan, tapi jadikanlah kemewahan itu sebagai wasilah daku membantu golongan lemah dan memerlukan di luar sana. Daku tak minta pangkat atau nama di dunia, tapi andaikata dengannya daku mampu menyebar luaskan dakwah islam-Mu.. mengajak hati-hati yang telah leka dari mengingatimu, daku pohon untuk memilikinya. Keturunan dan bermegah dengannya bukanlah yang daku juga pinta,  cukuplah memberikan daku keturunan yang soleh solehah, keturunan yang sentiasa berhajat menegakkan syiarmu… meski keturunan yang tiada apa di mata manusia, tapi cukuplah keturunan yang punyai mata di hati dengan sinaran ilmu-Mu yang tidak akan pernah habis diambil tinta-tintanya.

        Suka melihat karenah manusia sekarang, dan diri banyak memerhati sikap orang disekeliing agar menjadi pengajaran pada diri, supaya berkelakuan dengan nilai-nilai yang terpuji. Kadang-kadang jatuh dan rebah tapi terus kembali mengingati perjuangan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ulama-ulama Islam yang lain yang telah banyak bersusah payah untuk kesenangan generasi umat islam akan datang iaitu kita. Segalanya sudah tersedia… tinggal mencedok dan aplikasikan dalam kehidupan… payah kea untuk buat dan bangunkan sesuatu yang baik untuk ummah?


Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menguji keimanan kita,

Kadang-kadang Allah hadirkan pelbagai dugaan tanpa ada tempat bergantung..
Tapi sedarkah, itu tanda Allah cemburu sekiranya kita mendahului atau mengharap orang lain terlebih dahulu berbanding Penciptanya.. itulah tanda Allah sayangkan kita.

Kadang-kadang Allah, tidak berikan apa yang kita mahu tapi Dia berikan apa yang kita perlu…
Kerana Dia lebih mengetahui isihatimu apa yang sesuai dan tidak sepatutnya untuk kamu..

Allah hadirkan berbagai manusia kepada kita, untuk mengajar kita erti berkasihsayang, erti saling bantu membantu, erti sebuah pengorbanan..

Ye, pengorbanan…..! itu keywords nya. Kalau benar dirimu sedang mengejar cinta Allah, Redha Allah… dirimu akan lebih yakin untuk berhadapan dengan pelbagai mehnah. Biar seribu orang tidak meredaimu tetapi kita punyai redha Allah. Dialah tempat kita mengadu segala massalah dan kebergantungan kerana hanya Dia yang layak..

Kita dihidupkan daripada-Nya..
Tujuan kita dihidupkan untuk-Nya..
Kepada-Nya kita kembali..

Alhamdulillah, exam berlalu dan semakin berlalu. Umpama pungguk rindukan bulan.. begitulah daku yang merindukan-Nya untuk berbicara. Kalimah dan pujian pada-Nya menjadikan daku seorang yang lebih kuat dan yakin untuk terus maju kehadapan demi membangunkan ummah. Dalam tempoh yang singkat, pelbagai perancangan yang bermain di fikiran. Semuanya tak lain tak bukan untuk “fastabiqul khairat”. Tetapkan prinsipmu dan terus mengorak langkah untuk capai niat murnimu.. Allahu musta’an. Dia Maha Pemurah dan Pemberi. Tiada apa yang mustahil di dunia ini.

Coretan Ismialbi @  <InsyALLAH..Tuition Gen-Q>

0 comments:

Post a Comment