Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dipanjatkan
setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah mengizinkan hamba yang si
fakir ilmi ini untuk hadir bersama-sama sahabat lain ke majlis “Memoir Cinta
Ammar: Pedoman Buat Murabbi”. Siapa yang tidak mengenal al-marhum Ahmad Ammar..
kisahnya yang telah mencetuskan kesedaran umat Islam di serata dunia sehingga
dikatakan riwayat hidupnya diketahui ke negara Barat. SubhanALLAH.. Al-marhum
pergi dengan meninggalkan sesuatu ‘khazanah’ berharga buat ummah terutamanya
dalam kalangan pemuda-pemudi Islam untuk terus berdakwah dan membantu
saudara-saudara Islam yang berada dalam kesusahan.
Beliau hanya
insan biasa yang juga seorang pelajar di universiti Ankara dan maktab tentera
di Turki. Benarlah pepatah yang mengatakan: Anak yang lahir dari ibu bapa yang
hebat dari sudut didikannya. Tapi tidak semestinya ibu bapa yang kurang hebat,
tidak mampu melahirkan generasi kelahirannya yang hebat-hebat. Semuanya terletak
pada usaha kita.. kerana ibubapa adalah pendorong dan semangat kejayaan anak-anak
di dunia dengan menitipkan ilmu akhirat pertama yang dicintai di benak hati
anaknya, bukan ilmu dunia yang bertakhta di dasar hatinya.
Kematian
beliau pada 3 November 2013 (sekiranya tak silap) sangat memberi kejutan kepada
dunia termasuk sekelumit kehairanan dihati kedua ibubapanya. Menurut ayah
al-marhum, beliau seperti pemuda yang lain.. masih belajar dan belum tamat lagi
pengajian. Beliau tangguhkan pengajian semata-mata ingin turun ke alam realiti iaitu
medan perjuangan; yang mana perjuangan menyebarkan dan menegakkan Islam yang tak
pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa mengisi masa lapangnya dengan
program dakwah dan kebajikan. Namun, beliau berbeza dengan pemuda-pemuda Islam
yang lain dari sudut:
>Beliau hafaz al-quran dan kitab risalah
an-Nur (ilmu kalam).
>Ketika beliau berumur 3tahun, beliau
telah baligh (ertikata sunat). Beliau cepat matang berbanding kanak-kanak lain.
>beliau fasih berbahasa turki dan English.
>Best Student
>Beliau bermimpi berjumpa dengan bidadari
syurga Arab. Peristiwa ini menekadkan beliau untuk berjihad di bumi Syria dan
selamat dibawah lindungan ALLAH dan hanya melalui redha ibunya sahaja tanpa
pengetahuan ayahnya dan adik-beradik beliau.
>Seorang yang taat pada ALLAH dan kedua
Ibu bapanya. Bayangkan sahabat2, ibunya maklumkan Ammar hanya mengatakan ‘TIDAK’
sekali sahaja pada ibunya ketika umur 16tahun. Jika dia tak suka, dia hanya
senyum dan terus diam.
Allah dah
menjanjikan beliau mati syahid dalam perjalanan ke majlis ilmu iaitu bedah
kitab Risalah An-Nur dan beliaulah guru pengajar untuk kitab tersebut. Kitab
risalah An-Nur (ana pun tak pernah baca kita ni) membuka mindanya untuk turun
bersama masyarakat. Beliau satu-satunya pelajar universiti tersebut yang hafaz
kitab tersebut dan berjaya syarah satu persatu setiap yang dikatakan dalam
ayat-ayat kitab tersebut. Beliau orang pertamanya yang berjaya khatam dalam
tempoh 8bulan.Kerana kelebihannya itu, beliau seringkali menerima jemputan ke
majlis ilmu. Beliau pernah berkata pada ayahnya: Ammar dah habis belajar
ayah..
Ayahnya
terpinga-pinga apa yang dimaksudkan anaknya itu, sebabnya ketika itu beliau masih
baru tahun kedua di universiti tersebut. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh
Ammar adalah kitab Risalah An-Nur itu.. (^_^) Ammar sudah faham visi wawasan
hidupnya yang diterapkan oleh ayahnya iaitu menerapkan wawasan Ummati (membebaskan
umat Islam daripada cengkaman kuasa besar/Barat) dan hidup kita adalah untuk
ALLAH, Rasulullah & Parents) di jiwanya melalui kitab tersebut. Namun,
beliau tak pernah maklumkan pada parentsnya bahawa beliau telah berjaya talaqqi
kitab tersebut. Hatta kisahnya bertemu bidadari syurga juga hanya dimaklumkan
pada ibunya.
ALLAH jua yang
telah mentakdirkannya mati dalam keadaan syahid.. sewaktu kematiannya, semua
Datuk2 Bandar, orang-orang besar Turki termasuk Ulama’-ulama’ besar di Turki
telah turun ke tempat kejadian dengan mengatakan tanpa ragu-ragu kepada Tuan
Azam: ketahuilah,
anakmu mati syahid..seorang mujahid. Ayahnya kehairanan dengan situasi dan
melihat kelibat penziarah yang begitu ramai. Selepas kematiannya, barulah family
Tuan Azam mengetahui hakikat sebenar: Ammar menjalankan misi dakwahnya secara
senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, ditambah dengan ilmu yang dikhatamkan
itu menjadi pendorong dan semangat kepada cita-citanya untuk mati syahid. Sebahagian
Kisah dakwahnya hanya diketahui selepas kematiannya dan melalui rakan-rakannya.
Amar dikebumikan di pengebumian para tokoh yang mahsyur di Turki (ana tak ingat
namanya). Sehinggakan dimaklumkan orang luar sanggup bayar berjuta-juta hanya
untuk dikebumikan di pengebumian tersebut)..
Ammar meninggal
akibat dilanggar laju oleh van ambulan, hanya tulang di tangan dan badan sahaja
yang retak tetapi wajah, anggota serta pakaiannya sangat kemas dan bersih. Tiada
satupun yang koyak dan tiada sedikit pun titisan darah.. ianya sangat mustahil,
maka hikmah dari punca kematian Ammar hanya sebagai asbab ajal mautnya. Allah
lebih menyayanginya. Tuan Azam juga dikejutkan dengan keikhlasan seorang
saudara islam dari negara Barat untuk mewakafkan tanah beliau dan dibuatkan masjid
di atasnya serta dinamakan bersempena nama al-marhum. Takdir kematian beliau
telah dirancang oleh ALLAH apabila melihat kematiannya disanjung tinggi oleh para
alim ‘ulama, gol.profesion sehinggakan video al-marhum di youtube mencecah
1.3juta penonton di alam maya. Pemergian beliau sangat diredhai kedua ibu
bapanya.. kerana beliau pergi kepada pemiliknya yang mutlaq dan Maha
Memelihara.
Pemergian
Ahmad Ammar menimbulkan kesedaran masyarakat Islam dengan umurnya yang terlalu
muda diambil ALLAH iaitu 20 tahun. Tuan Azzam menerapkan kaedah mendidik anak
menurut 7 formula didikan sultan Muhammad Al-Fateh:
1) Bina wawasan ummati
2) Berdasarkan nama (Ammar-mengajak/memerintah. Fath-membuka)
3) Etika/adab kepada ALLAH, Rasul dan Ibubapa.
4) Memahami kandungan al-Quran (melalui kitab risalah an-Nur. Hafal dan menghayati al-Quran)
5) Solat lima waktu dan solat tahajjud (beza antara pendokong dan penyokong)
6) Pelajari ilmu strategik
(bina jatidiri melalui sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan Islam, turun naiknya tamadun. Pemuda lalai sebab tak pernah mengenal zaman kegemilangan Islam dan tokoh-tokoh islam)
7) Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)
1) Bina wawasan ummati
2) Berdasarkan nama (Ammar-mengajak/memerintah. Fath-membuka)
3) Etika/adab kepada ALLAH, Rasul dan Ibubapa.
4) Memahami kandungan al-Quran (melalui kitab risalah an-Nur. Hafal dan menghayati al-Quran)
5) Solat lima waktu dan solat tahajjud (beza antara pendokong dan penyokong)
6) Pelajari ilmu strategik
(bina jatidiri melalui sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan Islam, turun naiknya tamadun. Pemuda lalai sebab tak pernah mengenal zaman kegemilangan Islam dan tokoh-tokoh islam)
7) Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)
Antara yang boleh diambil sebagai ibrah:
<@ Ajal maut tidak mengenal usia
<@ Setiap orang perlu berdakwah kepada
Ammar Ma’aruf. Ilmu yang sedikit bukan penghalang untuk berdakwah dan tolong
masyarakat.
<@ Kepentingan meletakkan ilmu
akhirat dalam wawasan hidup (risalah an-Nur)
Kata-kata Ammar yang seringkali diajukan kepada
sahabat-sahabatnya:
“cepat, cepat… aku dah tak
sempat ni”.
Alhamdulillah, disisi ana terdapat dua buku
hasil pertemuan ke majlis ini iaitu Badiuzzaman dan Dakwah Risalan An-Nur, juga
buku khas beliau iaitu Ahmad Ammar: Satu Kematian yang Hidup. Sesiapa yang
berminat, boleh try contact: 03-61877020 (encik Aziz).
Wallahu’alam.
p/s: maaf sekiranya ada salah maklumat dan
sebagainya.
1 comments:
Jzkk untuk perkongsian. :)
Post a Comment