Cara Buat Latar belakang Kajian

Cara Buat Latar belakang Kajian
5 langkah menulis latar belakang kajian yang mantap....tolong jangan stucked !!
Pra-promosi bengkel Penulisan Thesis di EDC, UUM pada 8 dan 9 November, izinkan saya sekali lagi berkongsi sedikit bahan. Ramai yang menulis latar belakang berdasarkan pembacaan kajian lepas tapi tahu apa sebenarnya keperluan latar belakang. Aku nak kongsi bagaimana menulis latar belakang kajian berdasakan 5 langkah:

CHAPTER 1: 
INTRODUCTION

Background of study
1. Sejarah ringkas
2. Perkenal gap
3. Perkenal argument
4. Perkenal support / proposes solution / focus kajian
5. Kenapa kajian anda penting utk dijalankan

Kalau bagi 5 langkah ini tentu tak lengkap tanpa disertakan contoh utk lebih faham. Jadi berikut adalah contoh simple jer yang aku sertakan......

Working Title: Development of computer animation in chemistry using constructivist approach

1.1 Backgorund of study

1 – Sejarah ringkas

Perkenalkan sedikit sejarah “area of investigation” kajian ko in general. Bagi contoh tajuk di atas, kajian adalah berkaitan “teaching and learning in science education”. Tulis ikut urutan event bagi kajian anda.
Malaysia has given a high priority to educational development since independence in 1957. The emphasis on science education started in 1960 in response to reports by the Education Review Committee which called for explicit commitment to improve the quality of science education (citation). In the 1960s, General Science was taught as a compulsory subject at the lower secondary level. Since then, science education in Malaysia has undergone several changes and innovations.

Then in 1969, the MOE through the Curriculum Development Centre adapted the Scottish Integrated Science Syllabus for lower secondary school science (Form I, II and III) to replace the existing General Science subject.

Subsequently, in 1972, the newly-formed Curriculum Development Centre (CDC), introduced new science subjects for Forms IV and V - Modern Physics, Chemistry and Biology which were derived from Nuffield Science materials from England. For upper secondary non-science stream students, the Modern Science subject was introduced in 1974, derived from Nuffield Secondary Science (citation).

2 – Perkenal gap

Tulis mengenai senario situasi semasa berkaitan isu yang dikaji dgn memperkenalkan “gap” dalam “teaching and learning in science education”. Gap disini adalah situasi semasa aplikasi “teaching and learning in science education” yang tertumpu hanya kepada dgn pendekatan “guided-inquiry” melalui experimen sahaja.

The teaching and learning strategies for science subjects which utilized guided-inquiry continued with the implementation of the New Integrated Secondary School Curriculum in 1989, which stressed the development of scientific skills through guided-inquiry activities where students are actively involved in solving and discovering scientific phenomena through investigation (citation).

Therefore in daily practice, guided-inquiry is implemented mostly for doing experiment where the teacher provides the materials and problem for the students to investigate, emphasizing the scientific process skills such as observation and data collection (this is the gap - problem that need to be studied)

3 – Perkenal argument dalam gap

Masalahnya adalah “teaching and learning in science education” dgn guided-inquiry melalui eksperimen di makmal tidak memadai .... maka timbul argument utk memperbaiki keadaan dgn memperkenalkan constructivist learning theory dalampengajaran dan pembelajaran.

Realizing that learning science is more than acquiring science process skills through guided-inquiry activities, it is about time to implement the constructivist learning theory, to highlight the importance of student’s active engagement in constructing personal meaning of the subject matter.

As stressed by author (year), constructivist learning gives emphasis to an active search for meaning and understanding by individual students where they construct deep understanding through social activities and interaction with others. This approach takes into consideration students’ prior knowledge, beliefs and attitudes as well as encourages discussion in order to help them acquire new concepts (citation)

4. Perkenalkan support / proposes solution / focus kajian anda

Perkenal kajian anda untuk mengatasi masalah dalam gap. Fokus kajian ada adalah menguji keberkesanan animasi mengunakan constructivist approach for teaching and learning chemistry.
In the Malaysian educational system, chemistry is taught as one of the core single subjects and reemphasized at the post secondary level. Basically, it is relatively easy for students to discover simple basic concepts in chemistry through the guided-inquiry approach . An important issue here is how students can understand chemistry concepts because they possess different levels of abstractness (citation).

Therefore, instead of relying the scientific skills through guided-inquiry activities as practised by most chemistry teachers, the focus of this study is to investigate the effectiveness using animation based on the constructivist approach to teaching and learning chemistry.

5. Kenapa kajian anda penting utk dijalankan

Dibahagian akhir inilah anda simpulkan betapa pentingnya kajian yang akan anda jalankan..
While computer technologies have the potential to be integrated with the constructivist derived approaches, they also place specific demands on teachers to choose or develop the appropriate computer presentations that facilitate a student’s own understanding through activities and interaction during science classes. For this proposed, research is needed to investigate how to integrate the latest computer technologies within a constructivist mode consistent with the objectives of chemistry education in Malaysia. This is the intention of this study; to design an animation aided constructivist approach to instruction and to test its implementation in the Malaysian context.

Moga menjadi panduan utk di share bersama.... wpun mungkin ada nature kajian2 lain yang berbeza approachnya....

Salah alamat biasa....salah TAJUK kajian boleh binasa !

Repost: Dr. Othman Talib

Aku di KFC dekat Temiang Seremban, ada 1.5 jam sebelum observation student aku di SMK Tuanku Najihah. Aku coretkan lagi....khusus bagi mereka yang belum berkesempatan utk hadir bengkel2 aku.... yang dah hadir maybe dah faham tapi boleh baca dan share !

Sejak awal anda ingin bergelar PhD candidate….anda telah buat pilihan dan ketentuan berikut.... tanpa paksaan:

1. Anda yang pilih utk sambung belajar
2. Anda yang pilih bidang pengajian anda
3. Anda tentukan universiti utk anda teruskan pengajian
4. Anda juga tentukan topic / bidang kajian anda sendiri
5. Anda jugalah yang mencari SV ikut bidang anda
6. Anda turut menentukan coursework yang sesuai dgn anda
7. Dll yang anda boleh tambah…..kecuali SATU !

AMENDE?

Jangan pilih atau tentukan tajuk kajian (working title) anda dahulu…. !
Tapi masa apply tu dah kena buat proposal ringkas.
Itu hanya gimmick….. maybe lebih utk menempatkan anda di fakulti yang sesuai…. Namun tajuk kajian sebenar perlulah dipilih dgn teliti….Hayati dialog lazim berikut:

A: Sesuai tak tajuk kajian saya berkaitan “mobile learning dalam sistem pendidikan di Malaysia?”
B: Kenapa nak buat tajuk ni?
A: Mobile learning ni masih baru di Malaysia?
B: Apa yang u nak kaji?
A: Tak tahu lagi mungkin kesediaan guru … infrastruktur, tahap pengetahuan atau tahap aplikasi mobile learning … faktor-faktor menghalang perlaksanaan mobile learning…
B: Ini termasuk tak e-learning, web-based learning, internet learning, blended learning, ICT, digital lerning… computer-based learning,
computer-aided learning…. social net- working…. dan distance learning?

A: ................... terdiam !

Cari tajuk perlukan byk langkah, sebab implikasinya besar…. ini adalah antara senario yang perlu anda lalui:

1. Mulai dgn mengumpul primary literature khususnya journal utk mengetahui isu dalam topic / bidang kajian ….. perbezaan dan pertindihan terminologies yang digunakan (spt e-learning vs mobile learning) siapa yang menjadi leading authors dan apa teori-teori yang digunakan sebab tajuk anda mesti disokong oleh teori yang mantap… dan literature yang mencukupi…

2. Pencarian tajuk (working title) mestilah “specific enough” utk anda menguasai knowledge berkaitan tajuk yang dipilih secara mendalam…. barulah dikatakan “master” atau sampai ke tahap “philosophy”…

3. Sambil membaca sambil anda memulakan penulisan proposal dan membuat citation sebab penulisan anda adalah “your thinking in form of printed material” yang anda boleh semak atau baca semula dan boleh dapatkan connection apa yang dah baca. Tanpa penulisan… anda akan sentiasa “blurred” apa yang anda dah baca.

4. Pilihlah tajuk yang anda berminat dan dan bakal menghasilkan dapatan yang juga menarik minat scholar dalam bidang tersebut.

5. Setelah anda lakukan langkah 1-4…. tanya SV anda tentang “unavoidable problems / obstacles ” jika tajuk tersebut menjadi pilihan… seperti masalah mendapatkan sample, membina instrumen, mengumpul data dll….yang mungkin luar pengetahuan dan pengalaman anda… maklumlah SV mempunyai pengalaman lebih luas….dan anda patut dimaklumkan apa2 yang bakal anda hadapi…. sebagai precaution…. kerana anda ada contraint budget, masa dan tenaga.

Andai SV asyik kata “OK”…. atau “u fikirlah sendiri” atau “u baca lah lagi” baik anda dapatkan pandangan orang ketiga…. takut2 SV andapun sama-sama tak sure....

Beberapa perkara tentang memilih tajuk (working title).

1. Jangan pilih tajuk (working title) dgn isu yang kompleks dan terbuka spt…. “aplikasi mobile learning dalam sistem pendidikan negara” … fuhh…. Ini tajuk KPM pun ambil masa 10 tahun nak buat pilot !

2. Fokus kepada specific problem spt working title “Students’ achievement in concept X using mobile application” - mobile application lebih khusus dari mobile learning !!

3.Tajuk (working title) yang specific akan mudah diterjemahkan dalam bentuk research question (dan hipotesis) dan mempunyai variables yang jelas spt “Bolehkah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX ?” yang juga boleh ditulis dalam bentuk hipotesis…..
Jika kajian quantitatif pula research question spt “Sejauh manakah / Bagaimanakah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX?”

4. Jika diperingkat PhD yang lebih rigorous, perlulah persoalan kajian tersebut dijawab dgn pembinaan instrumen baru yang diuji validity dan reliability atau bagi pendekatan kualitatif dijalankan kajian kes yang mendalam, atau mixed-method.

5. Tajuk yang specifik akan mengurangkan “kefeningan” anda apabila mendapatkan reka bentuk kajian, intrumen dan analisis data yang “appropriate”dan “suitable”.
Jadi menjadi tanggungjawab anda memastikan dulu anda mendpat working title yang specific…. Yang dalam masa yang sama memadai utk mengisi gap dan menyumbang kepada knowledge….

Kalau anda bukan bidang education... pandai2lah buat inference sendiri !
Pic - Kerusi lebih besar dari orngnya ... carilah yang specific !!


Matlamat Gen-Q


Jiwa seorang hamba Ilahi, pasti layu sekiranya hati melebihkan manusia lain atau benda lain daripada Allah Ta’ala sendiri. Musim bunga, semua ingin mencari berteman.. musim bola, semua mencari pasukan kegemaran, musim ramadhan mungkin agak payah hamba-hamba ini bermuhasabah mengenainya. Ya Allah, Alhamdulillah.. Dikau panjangkan umurku untuk menikmati ramadhan kali ke-24. Allah, usia…?? Lamanya daku hidup. SubhanALLAH, sayangnya Daku padaku. Walaupun diri banyak kesalahan dan dosa tapi Allah massih panjangkan umur kita untuk terus beri peluang kepada kita, kembali kepada-Nya. Wahai hati, apa yang dikau cari di dunia..? kerjaya… harta benda… keturunan.. kemewahan..?? adakah semua ini dapat menjamin dirimu masuk ke syurga Allah.??

[Detus hati: jawablah dengan ikhlas]

Daku tak pinta kemewahan berlebihan, tapi jadikanlah kemewahan itu sebagai wasilah daku membantu golongan lemah dan memerlukan di luar sana. Daku tak minta pangkat atau nama di dunia, tapi andaikata dengannya daku mampu menyebar luaskan dakwah islam-Mu.. mengajak hati-hati yang telah leka dari mengingatimu, daku pohon untuk memilikinya. Keturunan dan bermegah dengannya bukanlah yang daku juga pinta,  cukuplah memberikan daku keturunan yang soleh solehah, keturunan yang sentiasa berhajat menegakkan syiarmu… meski keturunan yang tiada apa di mata manusia, tapi cukuplah keturunan yang punyai mata di hati dengan sinaran ilmu-Mu yang tidak akan pernah habis diambil tinta-tintanya.

        Suka melihat karenah manusia sekarang, dan diri banyak memerhati sikap orang disekeliing agar menjadi pengajaran pada diri, supaya berkelakuan dengan nilai-nilai yang terpuji. Kadang-kadang jatuh dan rebah tapi terus kembali mengingati perjuangan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ulama-ulama Islam yang lain yang telah banyak bersusah payah untuk kesenangan generasi umat islam akan datang iaitu kita. Segalanya sudah tersedia… tinggal mencedok dan aplikasikan dalam kehidupan… payah kea untuk buat dan bangunkan sesuatu yang baik untuk ummah?


Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menguji keimanan kita,

Kadang-kadang Allah hadirkan pelbagai dugaan tanpa ada tempat bergantung..
Tapi sedarkah, itu tanda Allah cemburu sekiranya kita mendahului atau mengharap orang lain terlebih dahulu berbanding Penciptanya.. itulah tanda Allah sayangkan kita.

Kadang-kadang Allah, tidak berikan apa yang kita mahu tapi Dia berikan apa yang kita perlu…
Kerana Dia lebih mengetahui isihatimu apa yang sesuai dan tidak sepatutnya untuk kamu..

Allah hadirkan berbagai manusia kepada kita, untuk mengajar kita erti berkasihsayang, erti saling bantu membantu, erti sebuah pengorbanan..

Ye, pengorbanan…..! itu keywords nya. Kalau benar dirimu sedang mengejar cinta Allah, Redha Allah… dirimu akan lebih yakin untuk berhadapan dengan pelbagai mehnah. Biar seribu orang tidak meredaimu tetapi kita punyai redha Allah. Dialah tempat kita mengadu segala massalah dan kebergantungan kerana hanya Dia yang layak..

Kita dihidupkan daripada-Nya..
Tujuan kita dihidupkan untuk-Nya..
Kepada-Nya kita kembali..

Alhamdulillah, exam berlalu dan semakin berlalu. Umpama pungguk rindukan bulan.. begitulah daku yang merindukan-Nya untuk berbicara. Kalimah dan pujian pada-Nya menjadikan daku seorang yang lebih kuat dan yakin untuk terus maju kehadapan demi membangunkan ummah. Dalam tempoh yang singkat, pelbagai perancangan yang bermain di fikiran. Semuanya tak lain tak bukan untuk “fastabiqul khairat”. Tetapkan prinsipmu dan terus mengorak langkah untuk capai niat murnimu.. Allahu musta’an. Dia Maha Pemurah dan Pemberi. Tiada apa yang mustahil di dunia ini.

Coretan Ismialbi @  <InsyALLAH..Tuition Gen-Q>

Oh Disertasi~ I must get 'GOT' (Grade On Time) !!

Tips Dr. Othman Talib

Sensitive, Specific dan Systematic - 5 langkah wajib supaya ko banyak menulis dari banyak berfikir dan mengomel...


Apa yang aku tulis ni bukan benda baru…. tapi aku nak abadikan sebagai catatan dalam blog aku… .. lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD.

Aku cadangkan satu perkara yang ko mungkin tak setuju…. bila ko mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat…. ko dah ada semua bahan yang ko nak tulis…

Camner tu bro?

Syaratnya sebelum ko nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: 
Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !

Ko kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian ko supaya pencarian ko sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian ko.
Katakan ko nak buat kajian e-learning…. Ko kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara spt mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian ko dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula ko masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian ko lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !

Ko kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. Ko juga boleh cuba database general spt Google Scholar. 

Kalau ko tak tahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research

Langkah 3: Search information - make it systematic !

Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. ko mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian ko betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information

Katakan ko dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then ko pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley…. ketika inilah FB ko tu berguna utk contact kawan2 di IPTA lain jika IPTA ko tak subscribed artikel tu….esp rakan2 yang belajar di obersi.

Langkah 5: Manage and read articles effectively….

Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah ko gunakan Mendeley utk membaca secara selektif dan mendalam mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis. Effective tu maknanya ko terus dpt hasil apa yg ko nak tahu dr artikel2 tsebut tanpa perlu ko baca semua artikel satu persatu....

Jadi?

Jadi…. setelah ko dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja ko mudah guna CPR… ko jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

Rindu pada Bonda.!!

Mengira hari demi hari. detik demi detik..
Tangan terus menaip, hati terus berbicara..
Memikirkan Bonda di kampung.. Rindukah bonda padaku??

ALLAH.. seorang ibu yang banyak berjasa pada 11 orang anak. Seorang ibu yang gigih memahami kami erti kehidupan. Seorang ibu yang tabah dan kuat semangatnya mendidik kami mengenal erti kehidupan berlandaskan keimanan seorang muslim.

*** TERIMBAU kerutan di wajah ibu ***

Dalam lingkungan umur 60-an, badan rendah dan kecil orangnya tapi petah berkata..
Seorang anak dan kakak yang baik dalam keluarga adik-beradiknya.Kerutan di dahi, pipinya mengingatkan daku pada keringat peluh ibu. Betapa gigihnya dan mulianya bonda dalam membesarkan kami dalam serba kekurangan.. tapi demi yang sedang rindu menanti, segala badai ditongkah..hanya sesuap nasi dan demi anak-anaknya. Masa kecil daku semestinya tidak memahami, dalam keremajaan.. daku keliru dengan tindakannya, bila usia kemudaan.. daku terfikir: besarnya pengorbanan ibu ku..!

sambil study, sambil laju tangan mengingati ibu.. Allah, hanya sekalung al-fatehah dihadiahkan buat mereka berdua.

# malam-malam, ibu bekerja mengupas bawang di rumah jiran #
# malam-malam, ibu bertungkus lumus menyusun dan mengikat sayur-sayuran untuk dijual #
# malam-malam, ibu bangun melayani karenah anaknya yang sakit #
# malam-malam, ibu gigih mengayuh basikalnya menghantar dan membawa kami ke kelas tambahan #
# berpagi-pagian pula, ibu kekadang pergi ke rumah jiran.. membuat pinjaman wang untuk kemudahan anaknya yang belajar di luar negara #
# berpagi-pagian, ibu pernah menitiskan airmata kerana kenakalan anaknya #

kini, dalam usia lanjut begini.. ibu masih risau dengan adik bongsunya setelah pemergian nenek. bagusnya ibu saya.. (^_^) kerana Dia, Kami belajar untuk kuat mengharungi hidup. kerana Dia, kami menjadi insan berguna.. mengenal mana yang halal dan haram.

kerana Dia.. kami mengerti pentingnya didikan agama dalam kehidupan.
Thanx a lot Mom.. You're always no.1 for me.


Hidup Pastikan Berprinsip!

Alam Mahasiswi

kehidupan seorang mahasiswi takkan pernah lari dengan ujian. kadang-kadang terasa lelah tapi ia boleh bertukar sangat bahagia bila kita dapat memahami sesuatu perkara itu yang tidak pernah kita terfikir mampu untuk lakukannya. inilah kuasa 'paksa'.. manusia perlukan tekanan untuk melonjakkan dirinya membuat paradigma dalam kehidupannya. dulu degree, semua disediakan.. tapi ni master, semua kena berdikari. biar penat di dunia kerana tuntut ilmu jika sekiranya inilah yang dapat merebut redha ALLAH dalam kehidupanku. itulah tugasan seorang mahasiswa, aktiviti persatuan aktif juga tapi jangan tinggalkan amanah kita kepada pensyarah sebagai seorang penuntut ilmu. jaga adab.! dengan mereka, itu tersangatlah penting.

Harini pergi ke perpustakaan, sempat berseloroh dengan roomate:
" ok, harini akk nak pergi library.. nak jumpa Ahmad Ammar" (tersenyum sipu)

"amboi, dah salah niat ni. orang nak g library nk tuntut ilmu..akk ke lain pulak"

"ala,, bukn selalu akk nk berseloroh macam ni" 

(bahana bila terlampau taksub dengan ketekunan arwah ahmad ammar dalam perjuangannya menuntut ilmu dan melakukan kebajikan masyarakat)


Jangan Dikenang Benda yang Lalu

Harini hati berkecamuk, macam-macam difikirkan ditambah pulak assignment2 yang bertindan-tindan. Allah, diuji pula dengan perkara lain.. semua benda tak jadi nak buat. benda yang berlalu, kembali segar bermain di fikiran. ya ALLAH, bukan ini yang aku kehendaki.. bantu daku dari keserabutan semua ni. kenapa perlu fikirkan benda yang dah lalu?? semua tu tak bawa pada redha ALLAH, cinta ALLAH dan mahabbah ALLAH. berhenti berfikir selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan ummah dan pelajaran. Bila diuji macamni, terkenang bonda di kampung.. rindu nak berbual2 dengan mak. hurm, harap bonda sihat di kampung. pujuk diri: tidak mengapa qolbi, selesaikan dulu tugasan mu sebagai seorang penuntut. selesai sahaja tugasan, awak boleh pulang ke kampung. kena bijak lawal emosi.. positifkan diri, insyALLAH boleh kawal emosi. jangan biarkan masa itu terus berlalu dengan sia-sia.. berbakti dan beramal, niat semua untuk ummah.

terlampau dek kusut di fikiran ni yang tak turun2 dari tadi.. sepanjang perjalanan tak sedar diri merempit laju, menuju ke PKNS bangi. fikiran ligat bermain dengan persoalan.. tapi masih tiada jawapan. akhirnya, hati berkata: cukuplah duhai hati, jangan difikir.. nanti semua perkara tak setel. doakan lah yang terbaik untuk semua. rintihan hati: aku tak minta semua ni terjadi, aku tak minta benda ni akan bermain di fikiran...

Astaghfirullah al-'azim..(tersedar dari lamunan). semua ni ujian qolbi. ujian Allah untuk mendidik dirimu menjadi seorang yang lebih tabah. pandang ke hadapan dan fikirkan strategi untuk masa hadapan yang lebih mencabar..ingat, apa-apa yang tidak mendekatkan diri kita kepada cinta ALLAH & RASULULLAH S.A.W, jangan pernah ambil endah. misi utama seorang a'bid, da'ie dan jundullah ialah mencari redha ALLAH dan tegakkan syiarNya. itu lebih utama.

Aku Terima Nikahnya

Sebenarnya buku ni dah lama nak beli sebab intipatinya menarik, tambahan pula ada voucher.. sampai tak tahu nak beli apa, tetiba terfikir buku "Aku Terima Nikahnya" karya ustaz hasrizal, seorang pendakwah dan penulis yang sangat bermotivasi. bila baca buku ni, ada beberapa ayat ustaz yang membuatkan diri terkesima umpama memulangkan buah paku kepada empunya diri:

"syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan sehingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti "warden penjara" ketika berurusan dengan muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah"

Gara-gara buku ni jugaklah diri terpaksa bertanyakan kat chasier mana lokasi buku tersebut  sebab lama memusing2, mencari2 tidak diketemui. bila ditanya kepada cashier, semua wajah kelat manis dibuatnya. mana tidaknya, cari buku tu tapi tak jumpa.. terpaksa tanya mereka. nasib baiklah ada "permata bonda", kurang sedikit rasa malu. 

Make Vission became Clear, to Make Easier

Capai matlamat dan bina kerjaya untuk ummah, buatkan parents berbangga dengan lahirnya anak bongsu ini agar diri inilah yang dapat menceriakan mereka, dapat memberi kan kekuatan dan kasihsayang tidak terhingga yang semakin lama umur mereka dimamah usia. They're the best for me than everything..^^


Semuanya kerana Ibu.

Aku lahir dari perut ibu.. (bukan kata orang, tapi memang benar..!!)

Apabila dahaga, yang susukan aku...ibu
Apabila lapar, yang menyuapi aku...ibu
Apabila sendirian, yang selalu di sampingku...ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...ibu
Apabila bangun tidur, aku cari...ibu
Apabila nangis, orang pertama yang datang...ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati...ibu
Apabila ingin bersandar, aku duduk sebelah...ibu
Apabila sedih, yang dapat menghiburkanku hanya...ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku...inu
Apabila merajuk, yang membujukku cuma...ibu
Apabila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...ibu
Apabila takut, yang menenangkan aku...ibu
Apabila ingin peluk, yang aku suka peluk...ibu

Aku selalu teringatkan...ibu
Apabila sedih, aku mesti telefon...ibu
Apabila senang, orang pertama aku ingin beritahu...ibu
Apabila takut, aku selalu panggil...."Ibuuuuuuuu!"
Apabila sakit, orang paling risau adalah...ibu

Apabila aku ingin berpergian, orang paling sibuk juga...ibu
Apabila buat masalah, yang lebih dahulu memarahi aku...ibu
Apabila aku ada masalah, yang paling risau...ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Kalau pulang ke kampung, yang selalu memberi bekal...ibu
Yang selalu menyimpan dan menguruskan barang-barang aku...ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku...ibu
Yang selalu menasihati aku...ibu
Apabila ingin menikah...orang pertama aku datangi dan minta persetujuan...ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri..
Apabila senang, aku cari...pasanganku
Apabila sedih, aku cari...ibu
Apabila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada...pasanganku
Apabila gagal, aku ceritakan pada...ibu
Apabila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Apabila berduka, aku peluk erat...ibuku
Apabila ingin berlibur, aku bawa...pasanganku
Apabila sibuk, aku hantar anak ke rumah...ibu
Apabila sambut Hari Lahir, aku beri hadiah pada pasanganku
Apabila sambut Hari Lahir Ibu, aku cuma dapat ucapkan 'Selamat Hari Ibu'

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...ibu ingat padaku
Setiap saat...aku ingin telefon pasanganku
Entah bila...aku ingin telefon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renung-renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.. masih ingatkah kau pada ibu lagi?? tidak banyak yang ibu inginkan...hanya dengan menyapa ibu cukuplah."

Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau ibu sudah tiada...
IBUUU... RINDU IBU...RINDU SEKALI......

Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya..
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya...
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
DAN, akhir sekali berapa banyak yang mendoakan kesejahteraan ibu ayahnya...

...Ibu Juga Manusia Biasa..

Ibu mana yang tidak pernah menangis? ibu mana yang tidak pernah memikirkan kebaikan untuk anak-anak? ibu juga kerap menangis tapi yang pasti, tangisan ibu hanya di hati. Tidak sekali-kali ibu mahu dirimu melihat air mata ibu ini tumpah. Biarlah hanya ibu yang menanggung apa-apa yang dirasa kerana ia adalah amanah dari ALLAH!

*Menangis bukan bererti kewujudan dirimu menyusahkan ibu, bahkan ibu benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu di dunia ini. Ibu cuma berasa takut jika tidak mampu memikul tanggungjawab untuk mendidikmu menjadi insan yang mulia, soleh dan solehah. Apatah lagi di saat ibu keseorangan dalam pentarbiyahan mendidik anak-anak ibu semua.. Maaf, andai ada hati yang terasa, maaf andai ada yang merasakan ibu tidak berlaku adil, maaf andai sewaktu kecil ibu selalu menggunakan kekerasan dalam mendidikmu. ibu tidak sehebat anak-anak ibu, tidak sepandai dan secerdik anak-anak ibu.. hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk lihat anak-anak ibu berjaya..untuk lihat anak-anak ibu membesar dalam beragama.

Pastinya dirimu menyedari gelagat ibu yang kadangkala memarahimu,tidak sabar dan berleter yang berpanjangan. Namun, percayalah, ibu lakukan semua itu supaya dirimu menyedari bahawa hidup ini wujud pelbagai rintangan pada masa kelak. Hanya dengan cara itu ibu mampu meluahkan apa-apa yang terbuku. 

Bukan tidak sayang.. bukan tidak cinta, tetapi disebabkan semua itulah ibu lakukan itu padamu. Percayalah, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya dan bertambah bahagia apabila melihat anaknya membesar sebagai hamba yang soleh/solehah. 

Wahai setiap jiwa yang bergelar 'anak'..
Cubalah renungi wajah ibumu seketika, tatkala matanya terlelap melepaskan penat, apakah yang kau temui di celah kedutan wajah ibu tuamu itu? Apakah yang kau rasai pada wajah yang pernah melahirkan dirimu?

~Tatkala emosi direnggut syahdu, panjatkan doa ke hadrat ALLAH agar memberi kita kekuatan untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, amin..~

Saat indah kehidupan Rasulullah s.a.w bersama ummahatil mukminin; aisyah r.a:-
Sewaktu Aisyah R.A dalam keadaan marah, Rasulullah masuk dan memegang serta menggosokkan hidung Aisyah sambil berkata:

اللهم اغفرلي ذنبي
وأذهب غيظ قلبي
وأجرني من الشيطان

Maksudnya: Ya ALLAH, ampuni dosaku..
                    Buangkanlah kemarahan yang menyesakkan hatiku ini
                    dan lindungilahku dari syaitan..

Ya ALLAH, jadikanlah daku hamba-Mu yang sabar dan anak yang soleh/ah.

Firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Nahl ayat 127: واصبر وما صبرك الا بالله

Maksudnya; Bersabarlah! Tiadalah yang membuatkan engkau sabar kecuali ALLAH.

Pesanan kalam akhir buat anakanda ibu.. Anakku,
Ibu tidak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk hidup bersamamu. Ibu juga tidak tahu bila denyut nadi ini akan berakhir. Terasa semuanya mahu disampaikan di sini... tapi semua itu mustahil bukan.? tetapi, sekurang-kurangnya ibu telah meluahkan kasih dan cinta ibu terhadapmu kerana ibu mengharapkan kesejahteraan dan keselamatan dunia akhirat milikmu dan anak-anak seluruh umat ini. 

Kepada semua yang membaca nukilan ini, anda semua ialah anak-anak ibu dan jadilah anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa. Ketahuilah, dirimu jualah aset bernilai bagi seorang ibu dan ayah ketika kembali menghadap ALLAH Rabbulizzati kelak.









Salam sayang dari Ibu & ayah. (^__^) 







Letakkan ALLAH first di Hatimu


Syria adalah penentu kejayaan umat islam

Syria adalah penentu kejayaan umat islam

Memoir al-Marhum Ahmad Ammar: Pencinta buat si Da'ie

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dipanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah mengizinkan hamba yang si fakir ilmi ini untuk hadir bersama-sama sahabat lain ke majlis “Memoir Cinta Ammar: Pedoman Buat Murabbi”. Siapa yang tidak mengenal al-marhum Ahmad Ammar.. kisahnya yang telah mencetuskan kesedaran umat Islam di serata dunia sehingga dikatakan riwayat hidupnya diketahui ke negara Barat. SubhanALLAH.. Al-marhum pergi dengan meninggalkan sesuatu ‘khazanah’ berharga buat ummah terutamanya dalam kalangan pemuda-pemudi Islam untuk terus berdakwah dan membantu saudara-saudara Islam yang berada dalam kesusahan.

Beliau hanya insan biasa yang juga seorang pelajar di universiti Ankara dan maktab tentera di Turki. Benarlah pepatah yang mengatakan: Anak yang lahir dari ibu bapa yang hebat dari sudut didikannya. Tapi tidak semestinya ibu bapa yang kurang hebat, tidak mampu melahirkan generasi kelahirannya yang hebat-hebat. Semuanya terletak pada usaha kita.. kerana ibubapa adalah pendorong dan semangat kejayaan anak-anak di dunia dengan menitipkan ilmu akhirat pertama yang dicintai di benak hati anaknya, bukan ilmu dunia yang bertakhta di dasar hatinya.

Kematian beliau pada 3 November 2013 (sekiranya tak silap) sangat memberi kejutan kepada dunia termasuk sekelumit kehairanan dihati kedua ibubapanya. Menurut ayah al-marhum, beliau seperti pemuda yang lain.. masih belajar dan belum tamat lagi pengajian. Beliau tangguhkan pengajian semata-mata ingin turun ke alam realiti iaitu medan perjuangan; yang mana perjuangan menyebarkan dan menegakkan Islam yang tak pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa mengisi masa lapangnya dengan program dakwah dan kebajikan. Namun, beliau berbeza dengan pemuda-pemuda Islam yang lain dari sudut:

>Beliau hafaz al-quran dan kitab risalah an-Nur (ilmu kalam).

>Ketika beliau berumur 3tahun, beliau telah baligh (ertikata sunat). Beliau cepat matang berbanding kanak-kanak lain.

>beliau fasih berbahasa turki dan English.

>Best Student

>Beliau bermimpi berjumpa dengan bidadari syurga Arab. Peristiwa ini menekadkan beliau untuk berjihad di bumi Syria dan selamat dibawah lindungan ALLAH dan hanya melalui redha ibunya sahaja tanpa pengetahuan ayahnya dan adik-beradik beliau.

>Seorang yang taat pada ALLAH dan kedua Ibu bapanya. Bayangkan sahabat2, ibunya maklumkan Ammar hanya mengatakan ‘TIDAK’ sekali sahaja pada ibunya ketika umur 16tahun. Jika dia tak suka, dia hanya senyum dan terus diam.

Allah dah menjanjikan beliau mati syahid dalam perjalanan ke majlis ilmu iaitu bedah kitab Risalah An-Nur dan beliaulah guru pengajar untuk kitab tersebut. Kitab risalah An-Nur (ana pun tak pernah baca kita ni) membuka mindanya untuk turun bersama masyarakat. Beliau satu-satunya pelajar universiti tersebut yang hafaz kitab tersebut dan berjaya syarah satu persatu setiap yang dikatakan dalam ayat-ayat kitab tersebut. Beliau orang pertamanya yang berjaya khatam dalam tempoh 8bulan.Kerana kelebihannya itu, beliau seringkali menerima jemputan ke majlis ilmu. Beliau pernah berkata pada ayahnya: Ammar dah habis belajar ayah..

Ayahnya terpinga-pinga apa yang dimaksudkan anaknya itu, sebabnya ketika itu beliau masih baru tahun kedua di universiti tersebut. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ammar adalah kitab Risalah An-Nur itu.. (^_^) Ammar sudah faham visi wawasan hidupnya yang diterapkan oleh ayahnya iaitu menerapkan wawasan Ummati (membebaskan umat Islam daripada cengkaman kuasa besar/Barat) dan hidup kita adalah untuk ALLAH, Rasulullah & Parents) di jiwanya melalui kitab tersebut. Namun, beliau tak pernah maklumkan pada parentsnya bahawa beliau telah berjaya talaqqi kitab tersebut. Hatta kisahnya bertemu bidadari syurga juga hanya dimaklumkan pada ibunya.

ALLAH jua yang telah mentakdirkannya mati dalam keadaan syahid.. sewaktu kematiannya, semua Datuk2 Bandar, orang-orang besar Turki termasuk Ulama’-ulama’ besar di Turki telah turun ke tempat kejadian dengan mengatakan tanpa ragu-ragu kepada Tuan Azam: ketahuilah, anakmu mati syahid..seorang mujahid. Ayahnya kehairanan dengan situasi dan melihat kelibat penziarah yang begitu ramai. Selepas kematiannya, barulah family Tuan Azam mengetahui hakikat sebenar: Ammar menjalankan misi dakwahnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, ditambah dengan ilmu yang dikhatamkan itu menjadi pendorong dan semangat kepada cita-citanya untuk mati syahid. Sebahagian Kisah dakwahnya hanya diketahui selepas kematiannya dan melalui rakan-rakannya. Amar dikebumikan di pengebumian para tokoh yang mahsyur di Turki (ana tak ingat namanya). Sehinggakan dimaklumkan orang luar sanggup bayar berjuta-juta hanya untuk dikebumikan di pengebumian tersebut)..

Ammar meninggal akibat dilanggar laju oleh van ambulan, hanya tulang di tangan dan badan sahaja yang retak tetapi wajah, anggota serta pakaiannya sangat kemas dan bersih. Tiada satupun yang koyak dan tiada sedikit pun titisan darah.. ianya sangat mustahil, maka hikmah dari punca kematian Ammar hanya sebagai asbab ajal mautnya. Allah lebih menyayanginya. Tuan Azam juga dikejutkan dengan keikhlasan seorang saudara islam dari negara Barat untuk mewakafkan tanah beliau dan dibuatkan masjid di atasnya serta dinamakan bersempena nama al-marhum. Takdir kematian beliau telah dirancang oleh ALLAH apabila melihat kematiannya disanjung tinggi oleh para alim ‘ulama, gol.profesion sehinggakan video al-marhum di youtube mencecah 1.3juta penonton di alam maya. Pemergian beliau sangat diredhai kedua ibu bapanya.. kerana beliau pergi kepada pemiliknya yang mutlaq dan Maha Memelihara.

Pemergian Ahmad Ammar menimbulkan kesedaran masyarakat Islam dengan umurnya yang terlalu muda diambil ALLAH iaitu 20 tahun. Tuan Azzam menerapkan kaedah mendidik anak menurut 7 formula didikan sultan Muhammad Al-Fateh: 

1) Bina wawasan ummati

2)  Berdasarkan nama (Ammar-mengajak/memerintah. Fath-membuka)

3)  Etika/adab kepada ALLAH, Rasul dan Ibubapa.

4) Memahami kandungan al-Quran (melalui kitab risalah an-Nur. Hafal dan menghayati al-Quran)

5) Solat lima waktu dan solat tahajjud (beza antara pendokong dan penyokong)

6) Pelajari ilmu strategik
 (bina jatidiri melalui sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan     Islam, turun naiknya tamadun. Pemuda lalai sebab tak pernah mengenal zaman kegemilangan   Islam dan tokoh-tokoh islam)

7) Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)


Antara yang boleh diambil sebagai ibrah:

<@ Ajal maut tidak mengenal usia

<@ Setiap orang perlu berdakwah kepada Ammar Ma’aruf. Ilmu yang sedikit bukan penghalang untuk berdakwah dan tolong masyarakat.

<@ Kepentingan meletakkan ilmu akhirat dalam wawasan hidup (risalah an-Nur)
Kata-kata Ammar yang seringkali diajukan kepada sahabat-sahabatnya:
“cepat, cepat… aku dah tak sempat ni”.


Alhamdulillah, disisi ana terdapat dua buku hasil pertemuan ke majlis ini iaitu Badiuzzaman dan Dakwah Risalan An-Nur, juga buku khas beliau iaitu Ahmad Ammar: Satu Kematian yang Hidup. Sesiapa yang berminat, boleh try contact: 03-61877020 (encik Aziz).

Wallahu’alam.
p/s: maaf sekiranya ada salah maklumat dan sebagainya.





Pesanan Dato' Tuan Ibrrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Janganlah emgkau mencari mengantuk, biarlah mengantuk yang mencarimu. Engkau tidak perlu menghabiskan masamu dengan cuba memejamkan matamu sedangkan matamu belum mengantuk. Isilah masa itu dengan sesuatu amalan yang berguna bagimu di akhirat atau duniamu. Janganlah berlalu masa itu dengan sesuatu yang kosong.

Wahai anakku,
Andainya kamu belum betul- betul mengantuk, lalu kamu cuba memejamkan matamu sehingga ada di kalanganmu menghabiskan masa berjam- jam lama semata- mata mencari tidur. Engkau cuba melawan matamu yang tidak mahu tidur, sehingga terkadang ia memudaratkan badanmu. Hilang selera makan, lemah semangat diri, sehingga kurus badanya kerana tidak boleh tidur malam. Alangkah baik kalau ia tidak lawan perasaan tersebut. Sebaliknya isilah masa itu dengan solat sunat, membaca Quran atau zikrullah, membaca buku atau buatlah apa sahaja yang bermanfaat untuk kehidupan akhirat. 

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W Mafhumnya " Dua nikmat yang melekakan manusia, iaitu badan yang sihat dan masa yang lapang". Manusia tidak merasai nikmat badan yang sihat, melainkan bila sakit. Demikian juga masa yang lapang tidak akan dirasai nikmat melainkan bilamana ia sibuk dengan pelbagai tugasan. 

Wahai anakku,
Gunalah masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat bagimu. Jangan ia berlalu tanpa diisi dengan amalan yang sangat berharga bagimu di akhirat nanti.